CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12503|Reply: 0

[Perlis] IPR-INTAN NCER perkasa bidang pertanian negara

[Copy link]
Post time 10-2-2025 10:50 AM | Show all posts |Read mode
IPR-INTAN NCER perkasa bidang pertanian negara

Oleh Aizat Sharif - Februari 10, 2025 @ 10:24am[email protected]




Antara peserta yang menghadiri temu duga terbuka IPR-INTAN NCER di Dewan Seri Melati, Beseri di Padang Besar. - Foto NSTP/LUQMAN HAKIM ZUBIR





Padang Besar: Program Inisiatif Pendapatan Rakyat-Inisiatif Usahawan Tani (IPR-INTAN) Wilayah Ekonomi Utara (NCER) dijangka dapat menyumbang kepada peningkatan pengeluaran hasil pertanian, sekali gus mengukuhkan agenda keterjaminan makanan.

Penolong Pengurus Besar IPR-Intan NCER, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Iskandar Zulkarnain Zainal Abidin, berkata program di bawah Kementerian Ekonomi ini yang menumpukan aktiviti tanaman juga membantu meningkatkan pendapatan golongan B40.

"Pada masa sama, program ini dilihat berpotensi membantu mengurangkan kebergantungan negara kepada pengimportan produk pertanian.

"Sebagai contoh ada hasil pertanian yang masih diimport pada kadar 75 peratus, manakala pengeluaran tempatan hanya 25 peratus. Jadi program ini harus menjadi platform sebagai mengurangkan kepada kebergantungan hasil pertanian import," katanya ketika ditemui pada Majlis Temuduga Terbuka Program IPR-Intan NCER Peringkat Perlis di Dewan Seri Melati, Beseri, di sini, baru-baru ini.



Iskandar Zulkarnain

Yang turut hadir adalah Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Perlis, Ahmad Firdaus Hashim.

Iskandar Zulkarnain berkata, program IPR-Intan NCER dilaksanakan secara berfasa dan sehingga kini ia sudah pun memasuki Fasa Tiga sejak dimulakan dua tahun lalu.

"Program IPR-INTAN NCER Fasa Satu sudah dilaksanakan pada September 2023, manakala Fasa Dua bermula pada Januari tahun lalu dan kini ia sudah memasuki Fasa Tiga.

"Antara tanaman diusahakan peserta di Perlis adalah cili, bendi, betik, tembikai, rock melon, cendawan, markisa serta pisang dengan jumlah peserta seramai 80 orang bagi Fasa Pertama dan Dua yang membabitkan kawasan seluas lebih 50 hektar.

"Fasa Tiga masih dalam peringkat pembangunan dan apabila siap sepenuhnya, ia akan menjadikan saiz ladang di Perlis meningkat kepada lebih 350 hektar dengan jangkaan 745 peserta terbabit dalam program ini," katanya.

Iskandar Zulkarnain berkata, semua pihak khususnya golongan muda digesa mengambil peluang kerana peserta terbabit akan diberi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) hingga tahap tiga serta latihan pengurusan kewangan melalui kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran.

"NCIA mahu melihat peserta yang mendapat latihan dengan bermula sebagai pekerja akhirnya mampu menjadi usahawan tani serta menjana pendapatan sendiri.

"Program ini tidak sekadar meningkatkan pendapatan mereka tetapi turut melahirkan tenaga kerja mahir dalam pertanian moden," katanya.

Perkenal pertanian moden

Beliau berkata, melalui program itu, NCIA turut memperkenalkan teknologi terkini iaitu netting house, selain penggunaan rumah hijau dengan kerjasama FGV Integrated Farming (FGVIF).

"Apa yang menarik, pendapatan peserta dapat ditingkatkan sehingga RM2,000 sebulan. Mereka juga berpeluang menikmati perkongsian keuntungan menerusi Pertanian Kontak (Contract Farming)," katanya.

Iskandar Zulkarnain berkata, syarikat pelaksana yang terbabit dengan Program IPR-Intan NCER turut mendapat kerjasama daripada Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menerusi program penamaan cendawan serta pelaksanaan projek pertanian di Lembah Chuping.

Menerusi sesi temu duga Program IPR-Intan NCER yang dilaksana pada 3 dan 4 Februari lalu, seramai 118 calon dari seluruh Perlis hadir bagi mengisi 754 kekosongan jawatan yang disediakan.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/02/1359496/ipr-intan-ncer-perkasa-bidang-pertanian-negara





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 11:38 PM GMT+8 , Processed in 0.151678 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list