CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30193|Reply: 4

Menyesal bawa balik kampung, kawan imej muslimah menggatal dengan semua lelaki

[Copy link]
Post time 10-2-2025 08:42 PM | Show all posts |Read mode
Tentunya seronok pulang ke kampung lebih-lebih lagi apabila dapat bertemu dengan keluarga dan sanak-saudara selain menikmati pemandangan serta suasana desa yang begitu indah dan mendamaikan.

Namun hasrat seorang wanita membawa rakannya pulang ke kampung untuk merasai kehidupan di desa nampaknya menjadi satu kesilapan besar.

Kedatangan rakan wanitanya ke kampung dilihat lebih kepada usaha untuk mencari jodoh.



"Hari tu aku ada bawa balik seorang kawan jalan-jalan kampung aku. Lepas tu rasa annoying dengan kawan aku ni... dia macam terdesak sangat, gatal merenyam nak kahwin.

"Tak padan dengan imej muslimah. Habis semua lelaki ahli keluarga aku dia nak try," katanya menerusi satu luahan di laman sosial.

Bercerita lanjut, mulanya rakannya itu mahu diperkenalkan dengan salah seorang sepupunya sebelum bertukar fikiran.

"Mula-mula dia suruh aku kenenkan dengan sepupu aku yang baru lepas putus tunang. Lepas tu esoknya dia nak dekat adik lelaki aku pula.

"Adik aku ni masih tak matang. Jauh lagi ke arah berumah tangga sebab aku sebagai kakak dia pun belum capai tahap itu.

"Aku tahu la sebab dia adik aku. Aku tahu semua pasal dia," ujarnya tanpa mendedahkan usia adik lelakinya.

Malah, dia juga lebih mengenali sikap sebenar rakannya itu selain dilihat terdesak dan suka mendesak.

Apa yang lebih membimbangkannya adalah niat rakannya itu untuk menamatkan zaman bujang.

"Aku tahu perangai dia macam mana. Jenis tak sabar nak kahwin, tak sabar nak suami tanggung makan minum.

"Lepas tu aku cakap kewangan adik aku belum stabil. Jauh lagi ke arah itu. Dia cakap duit bukan penting pun.

"Dia juga yang sebelum ni beria nak lelaki tanggung selepas kahwin. Penat kerja la, nak lelaki bertanggungjawab la," jelasnya.

Baginya, tindakan rakannya yang secara tiba-tiba berubah fikiran hanya berlandaskan nafsu semata-mata.

"Lepas tu boleh pula cakap duit tak penting. Hari tu cakap nak laki (suami) sediakan segala-galanya.

"Dia punya merenyam tu sampai dah hilang pendirian. Aku rasa annoying dengan kawan ni sebab kami sebaya tapi aku tak pula tersedak sampai semua 'jantan' depan mata aku nak try," katanya lagi.

Lebih dikesali apabila sikap rakannya yang dianggap keterlaluan itu turut melibatkan adik lelakinya.

"Dia terdesak sangat sampai adik kawan pun nak try. Aku tak kisah dia nak try. Tapi faham tak yang adik aku tu budak lagi kot.

"Makan (adik) pun aku yang bayar (tanggung). Lepas tu acah-acah duit tak penting bagi kau," katanya yang meluahkan kekesalannya membawa pulang rakannya itu pulang ke kampung.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2025 03:23 PM | Show all posts
amik cili, kisar, pakai sarung tangan plastik supaya tak pijar, lumurkan cili kisar tadi ke tapak tangan yang dibaluti sarung tangan, selak kain kawan, tampar poen beliau dengan cili-cili tersebut

ni birah namanya deknon
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Menakutkan..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 09:36 AM | Show all posts
kawan kau, kau settle la...bukan kawan netizen pun..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 09:46 AM | Show all posts
selama berkawan x nmpk dia gediks kah..?

good luck la...harap2 dia x jadi adik ipar...

kenal kan je la dgn mana2 pakcik2 yang duda kat kampung tu...rumah ada..anak ada..semua ada da..kesihatan jek la kot mungkin x berapa nak ada...uhuhuu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.386461 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list