CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32030|Reply: 3

[Tempatan] Anwar kenang Erdogan hulur bantuan di saat sukar

[Copy link]
Post time 10-2-2025 09:01 PM | Show all posts |Read mode



Lawatan Presiden Recep Tayyip Erdoğan ke Malaysia hari ini mengukuhkan semula hubungan erat, berkekalan dan berpandangan jauh antara Malaysia dan Turkiye, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata selama lebih dari dua dekad, Erdoğan telah memimpin Turkiye melalui era transformasi yang luar biasa.

"Beliau telah melakukannya dengan kejelasan tujuan dan keyakinan yang jarang dan patut dicontohi.

"Sesungguhnya, Presiden Erdoğan telah mengubah cara diplomasi Turki, mengembalikan kebanggaan negara, dan memposisikan Turkiye sebagai pemain yang tidak dapat diketepikan di pentas global," katanya ketika menyampaikan ucapan pada ceramah umum oleh Erdoğan di Putrajaya hari ini.

Erdoğan tiba di Malaysia hari ini untuk lawatan rasmi selama dua hari atas jemputan Perdana Menteri.

Anwar menggambarkan persahabatannya dengan Erdoğan sebagai hubungan yang dibina bukan atas kepentingan, tetapi atas dasar solidariti yang teguh.



"Pada saat-saat kesukaran peribadi, beliau menghulurkan bantuan ketika ramai yang menjauhkan diri.

“Sokongannya bukanlah sekadar untuk memenuhi kewajipan atau kepentingan politik.

“Tidak, ia adalah sokongan ikhlas atas rasa persaudaraan yang tulus.

“Saya tidak pernah melupakannya, dan saya tidak akan pernah lupa,” katanya.

Seterusnya, Anwar turut menggambarkan perjalanan Erdoğan sebagai satu kisah keteguhan yang luar biasa.

"Dari dipenjarakan hingga ke jawatan tertinggi di negara ini, kisahnya bukan sekadar tentang bertahan hidup, tetapi tentang kejayaan."

"Beliau tidak sekadar mengharungi kesulitan, malah telah mengubahnya menjadi sumber kekuatan yang menghasilkan ketahanan yang lebih besar," katanya.

Sementara itu, beliau berkata bahawa Turkiye hari ini lebih kuat, lebih yakin, dan lebih bertekad daripada mana-mana waktu dalam sejarah moden negara itu, dan ini sebahagian besarnya disebabkan oleh kepimpinan Erdoğan.

"Hari ini, kami menyambut bukan sahaja seorang ketua negara, tetap juga seorang pemimpin yang pengaruhnya dirasai jauh melangkaui sempadan negaranya.

"Sebagai wakil Kerajaan dan rakyat Malaysia, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Presiden Erdoğan kerana telah meluangkan masa bersama kami hari ini," katanya.

Terdahulu, Erdoğan dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat dalam Hubungan Antarabangsa oleh Universiti Malaya (UM), sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan besar beliau dalam diplomasi global dan rundingan antarabangsa.

Ijazah kehormat tersebut telah disampaikan kepada Erdoğan oleh Canselor UM, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, semasa majlis konvokesyen khas yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Sumber –  Bernama, Malaysiakini

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2025 09:48 PM | Show all posts
Bukan sebab terhutang budi dulu2 dia ni menyorok lari utk dapatkan suaka politik kat kedutaan Turki?
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2025 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
ngam la tu dua dua ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2025 01:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Berapa biliyunnn potensi yang pmx berjaya dapat hasil lawatan ini?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kanye West hilang!
BicaraHatikuKanye West hilang!
Views : 6638 Replies : 9
Imran Bard mohon maaf hasilkan ‘content’ berunsurkan LGBT - "Tuduhan itu adalah sesuatu yang sangat berat"
RalineImran Bard mohon maaf hasilkan ‘content
Views : 3068 Replies : 6
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 202634 Replies : 7527
Zazzleen dikutuk penyanyi suara berkahak, sama nasib macam Cakra Khan
RalineZazzleen dikutuk penyanyi suara berkahak
Views : 30567 Replies : 16
Wanita bengang- adik ipar rakam dan sebar video anak pakai lampin tak berpakaian
RalineWanita bengang- adik ipar rakam dan seba
Views : 29548 Replies : 1
Kastam bingung KLIA 'laluan panas' seludup haiwan liar
RalineKastam bingung KLIA 'laluan panas
Views : 30644 Replies : 19
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 120005 Replies : 5128
Bekas pengerusi masjid di Kerteh didakwa kemuka nama asnaf tak layak terima zakat
RalineBekas pengerusi masjid di Kerteh didakwa
Views : 36494 Replies : 14
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 4918 Replies : 6
Pelajar Cemerlang Perakaunan Peringkat Dunia Maut Kemalangan
^CUN_GILA~.Pelajar Cemerlang Perakaunan Peringkat D
Views : 29591 Replies : 39

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 12:15 PM GMT+8 , Processed in 0.246866 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list