CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21981|Reply: 0

[Kedah] Tahanan penjara Taiping mati: KDN beri jaminan siasatan menyeluruh, telus

[Copy link]
Post time 12-2-2025 12:43 AM | Show all posts |Read mode
Tahanan penjara Taiping mati: KDN beri jaminan siasatan menyeluruh, telus

Oleh Noorazura Abdul Rahman - Februari 11, 2025 @ 7:45pm [email protected]




Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berucap pada Majlis Bersama Prospek dan Keluarga sempena sambutan Thaipusam di Penjara Sungai Petani, hari ini. - Foto NSTP/Wan Nabil Nasir



SUNGAI PETANI: Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan akan melakukan siasatan secara telus berhubung kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping bulan lalu, dipercayai akibat dipukul.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata siasatan menyeluruh akan dilakukan dengan kerjasama penuh daripada Jabatan Penjara.

"Polis sudah membuka kertas siasatan dan sedang menjalankan siasatan menyeluruh.

"Proses ini termasuk mengambil keterangan daripada semua yang terlibat, sama ada prospek mahupun pegawai penjara yang bertugas pada hari kejadian. Proses siasatan ini masih lagi berlangsung," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Ramah Mesra Prospek Sempena Thaipusam dan Lawatan Kerja ke Penjara Sungai Petani di sini, hari ini.

Jabatan Penjara sebelum ini mengesahkan berlaku kejadian provokasi di Penjara Taiping pada 17 Januari lalu yang menyebabkan seorang banduan meninggal.

Ia turut memaklumkan insiden berkenaan membabitkan prospek yang dipindahkan dari Pusat Koreksional Batu Gajah ke Penjara Taiping.

Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat sebelum ini turut dilaporkan berkata pihaknya menerima aduan kes kematian itu pada 17 Januari lalu dan pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkataJawatankuasa Pilihan Khas Parlimen juga sudah memanggil Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memberikan maklum balas berkaitan insiden terbabit.

Katanya, dalam masa yang sama Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Datuk Seri Mohd Hishamudin Md Yunus turut menghubungi beliau untuk menyatakan hasrat berjumpa dengan pihak terbabit.

"Kita akan beri kerjasama penuh, tetapi proses ini perlu dilakukan secara tertib dan berperingkat.

"Apa yang penting Jabatan Penjara sentiasa menjalankan tanggungjawab dengan baik dan memberi kerjasama penuh kepada semua pihak berkepentingan dalam menyiasat insiden ini," katanya.

Sementara itu, seramai 102 prospek dan ahli keluarga mereka daripada Pulau Pinang, Pahang dan Kuala Ketil di sini, hadir pada majlis ramah mesra itu.

Saifuddin berkata program itu dapat meningkatkan motivasi prospek lain kerana dapat melihat kelakuan baik diberi penghargaan sekali gus memberi dorongan kepada mereka untuk berusaha memperbaiki diri.

"Kesimpulannya, program ini diharapkan dapat memberi peluang kedua kepada prospek, membuktikan bahawa penjara bukan sekadar tempat hukuman, tetapi juga tempat pemulihan," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/02/1360138/tahanan-penjara-taiping-mati-kdn-beri-jaminan-siasatan-menyeluruh





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.676829 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list