CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7160|Reply: 0

[Johor] Tutup tapak sepenuhnya

[Copy link]
Post time 12-2-2025 07:53 AM | Show all posts |Read mode

TAPAK sampah haram di tepi Jalan Persiaran Bumi Hijau berdekatan Kampung Melayu Pandan yang ditutup.

Johor Bahru: Tapak sampah haram di tepi Jalan Persiaran Bumi Hijau berdekatan setinggan Kampung Melayu Pandan, dekat sini, sudah ditutup sepenuhnya.

Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Johor, Zainal Fitri Ahmad berkata, pihaknya sudah melaksanakan tindakan pembersihan kawasan di bahu jalan, susulan daripada aduan sampah longgok diterima pada 2 Februari lalu.

Katanya, lokasi aduan kawasan di luar skop perkhidmatan SWCorp, namun pihaknya mengarahkan pihak konsesi, SWM Environment melaksanakan Op Cuci dan memasang pita penghalang serta merta di kawasan itu.

"SWCorp memandang serius isu berkaitan sampah haram. Amaran kepada semua pihak supaya memberhentikan pembuangan sampah di lokasi yang tidak dibenarkan (secara haram) seperti di bahu jalan, Jalan Persiaran Bumi Hijau, Johor Bahru ini serta-merta.

"Semua pihak juga diingatkan supaya tidak membuang sampah dan bahan binaan hasil daripada aktiviti pengubahsuaian (renovation) di lokasi yang tidak diwartakan sebagai lokasi pembuangan sisa pepejal.

"SWCorp juga akan mengambil tindakan tegas dengan membawa individu atau pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan pembuangan sisa pepejal secara haram ke peringkat mahkamah dan akan dituduh mengikut Seksyen 71 (1) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007.

"Sekiranya disabitkan kesalahan ke atas tertuduh, denda tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya," katanya.

Semalam, Harian Metro melaporkan walaupun sudah berulang kali dibersihkan pihak berkuasa, namun tapak pembuangan sampah haram di Jalan Persiaran Bumi Hijau menghala ke Jalan Tebrau berdekatan kawasan setinggan, di sini, tetap menjadi port segelintir masyarakat untuk membuang sampah.

Tinjauan Harian Metro mendapati, tapak sampah itu sudah ditutup serta dipasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengelakkan orang membuang sampah di kawasan itu.

Tapak sampah haram terbabit seakan 'terus wujud' apabila segelintir orang awam masih degil menjadikannya tempat pembuangan sampah.

Zainal Fitri berkata, hasil daripada tindakan penguatkuasaan berterusan sejak 2018 sehingga kini, sebanyak 90 kes pendakwaan mahkamah disabitkan kesalahan dengan jumlah denda RM1.55 juta sudah dikenakan kepada pesalah.

Katanya, sepanjang tahun lalu, 385 tapak pelupusan sampah haram berjaya ditutup sepenuhnya.

"Sebanyak 374 Ops Cuci berjaya dilaksanakan di Negeri Johor sejak pelancarannya pada 17 Februari tahun lalu," katanya.

Masyarakat turut digesa untuk melaporkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti pembuangan sisa pepejal di tapak pelupusan sampah haram menerusi talian Indahkan Malaysia 1-800-88-7472 atau melalui portal aduan https://swcorp.spab.gov.my/.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.800232 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list