CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8076|Reply: 24

Jumpa syiling berterabur, pekerja selalu sakit- Orang tak nampak kedai Amir Raja Lawak

[Copy link]
Post time 12-2-2025 12:52 PM | Show all posts |Read mode
Gara-gara menemui beberapa keping syiling di sekitar gerai miliknya di Stadium Kota Bahru, Kelantan, pelawak Amir Raja Lawak mendakwa ada individu cuba melakukan perbuatan sihir terhadap dirinya.

Mula menyedari perkara itu sejak dua bulan lalu, Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 36, berkata dia menemui banyak duit syiling yang ditabur di sekitar lokasi perniagaannya.



"Dalam dua bulan lepas lagi tapi baru tergerak nak kongsi kepada umum, sangat mustahil duit terjatuh.

"Saya jumpa syiling di sekitar penutup lubang utama dan di bawah papan penutup lubang," katanya ketika dihubungi mStar.

Menurut Amir lagi, pelbagai perkara mistik turut berlaku terhadap dirinya antaranya mudah berasa mengantuk apabila ingin membuat siaran langsung bagi mempromosikan perniagaan menerusi saluran TikTok.



"Saya selalu promosikan gerai saya di media sosial dan selalu akan tiba-tiba memgantuk macam tak bagi saya promosikan gerai.

"Kalau tidak buat siaran langsung saya okay saja, tak rasa mengantuk teramat sangat.

"Sebelum ini ada juga saya mengalami demam yang teruk tapi Alhamdulillah sekarang sudah membaik," luahnya.

Bukan itu sahaja, sejak itu juga beberapa perkerjanya kerap sakit selain gerainya terlindung daripada pandangan mata pelanggan.

  


"Staf saya kerap demam, sakit kepala dan badan. Beberapa pelanggan yang mahu ke gerai saya juga beritahu gerai saya tutup sedangkan buka seperti biasa," kongsinya.

Bagi mengatasi perkara itu, Amir memberitahu dia mengamalkan doa-doa ringkas sebagai pendinding diri.

Malah, dia juga sedang mendapatkan rawatan perubatan Islam kerana tidak mahu kejadian tersebut semakin melarat.

Amir bagaimanapun enggan menuduh sesiapa sebagai pelaku memandangkan mempunyai hubungan baik dengan semua peniaga di medan selera itu.

  


"Sekarang tengah ikhtiar juga secara perlahan sebab tak nak melarat. Saya pun tak nak menuduh sesiapa kerana tiada masalah dengan peniaga di sini.

"Tapi setakat ini saya jalankan saja perniagaan saya seperti biasa, apa yang jadi kemudian hari saya berserah kepada Allah SWT," katanya lagi.

Sebelum ini, tular video TikTok yang memaparkan Amir memperlihatkan lantai gerainya bersepah dengan syiling di atas lantai sekali gus meluahkan rasa bimbang dengan kejadian tersebut.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2025 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak pernah lagi pergi kedai heols. Padahal selalu lalu kat stadium tu. Kucing iols suka sangat ayam goreng.


Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 01:44 PM | Show all posts
Bukan itu sahaja, sejak itu juga beberapa perkerjanya kerap sakit selain gerainya terlindung daripada pandangan mata pelanggan.

Takde ke yang nak sihirkan kedai bangla kasi bengkrap tutup?
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 01:48 PM | Show all posts
kesian pulak dgn dia ni, dia jual air pun ada orang dengki
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 01:49 PM | Show all posts
silance replied at 12-2-2025 05:44 AM
Bukan itu sahaja, sejak itu juga beberapa perkerjanya kerap sakit selain gerainya terlindung daripad ...

itula kan....
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
silance replied at 12-2-2025 05:44 AM
Bukan itu sahaja, sejak itu juga beberapa perkerjanya kerap sakit selain gerainya terlindung daripad ...

Jin Melayu boleh kacau Melayu je, jin Bangla kacau jin Bangla. Lain bangsa buat, tak jadik kalu. Teori meols. Sebab pernah nampak ustad doa budak Kristian berjam2 halau hantu setan bila she histeria, tak sembuh2. Panggil orang gereja, dalam 15-20 minit settle. Yang budak Muslim pun kena perawat Muslim ja rawat jika histeria. Cer panggil sami topekong sah tak jadik.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-2-2025 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Pergilah buat kat Palestin biar Serael xnampak Plistin.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by per706 at 12-2-2025 03:13 PM

Dunia nijam,semakin modern kita,semakin menghampiri zaman jahiliyah jugak...sbarla Amer..

Aku x boleh brain,org yg jenis sihir2 ni.menyekutu kan Allah kot..like seriously ko da habis pk?? Smpi gamak mintak tolong jin iblis

Bab mengantuk tu seram jugak..dulu kerap kena msa buat live kedai oren.aku jdi pelik sbb aku akn jadi sgt2 mengantuk.bukn sket2 yg kita buleh tahan tu.mmg mengantuk sgt2 mcam da byak Ari x tdo..padahal aku ok je sebelom start live,buat house chores segala.x smpi 15 minit da start ngantuk 2,3x jugak la aku tutup live nk lelap kejap sbb mmg x tahan.tpi elok je segar bugar mata.sket pon x mau pejam..

Aku doakan semua yg amalkan syirik ni sempat la bertaubat sebelom Allah pnggil balik..dosa pling besar kot......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2025 03:23 PM | Show all posts
saya pun x nak tuduh sapa tp depan pintu rumah ada 2 keping syiling 10 sen..sy biarkan tp sbb nak Bomba nak buat checking, kena kemas depan umah terus sapu buang aje
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 03:23 PM | Show all posts
saya pun x nak tuduh sapa tp depan pintu rumah ada 2 keping syiling 10 sen..sy biarkan tp sbb nak Bomba nak buat checking, kena kemas depan umah terus sapu buang aje
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Duit syiling tu lima sen atau sepuluh sen. Cantik elok bersinar macam duit baru keluar dari bank. Tak pernah jumpa yg berkarat. Dan tak pernah jumpa syiling dua posen atau lima puluh sen.


Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 03:46 PM | Show all posts
silance replied at 12-2-2025 01:44 PM
Bukan itu sahaja, sejak itu juga beberapa perkerjanya kerap sakit selain gerainya terlindung daripad ...

atau kedai restaurant cina yang selalu penuh orang beraturrrr
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by QueenIsolde at 13-2-2025 01:09 AM

Chuols jgn taktau cinapek pun byk jgk amal benda2 gini utk meniaga..ada kenalan iols cinapek laki slalu gak gi ke tokong siam sana utk amek pelaris. Kenalan iols kelly pun ada jgk yg lebih suka guna ikhtiar melalui benda ghaib gini sblum proceed ke hospital.

Cumanya agama dorg okla takde apa, klu muslim ni dah kira syirik plg besar sbb menyekutukan Allah. Iols penah terdengar/ terbaca ustaz perawat mention klu sihir yg menggunakan syiling supposed to be syiling2 lama yg zaman dulu punya. Tp mgkin sihir skang boleh jgk gunakan syiling2 baru berkilat gini.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
pernah beli sekali. tak rasa nak repeat dah.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
silance replied at 12-2-2025 01:44 PM
Bukan itu sahaja, sejak itu juga beberapa perkerjanya kerap sakit selain gerainya terlindung daripad ...

Jgnkan kata bangla, netanyahu tu rilek je hidup santai-santai lagi elok disantau.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2025 12:37 AM From the mobile phone | Show all posts
QueenIsolde replied at 12-2-2025 08:30 PM
Chuols jgn taktau cinapek pun byk jgk amal benda2 gini utk meniaga..ada kenalan iols cinapek laki sl ...

Btul ..Cina lg dasyat depa punya tokpekong jga .. dulu kwn aku cina citer ambik kt Thailand yg amik kt jauh2 pon ada ...setakat tok bomoh melayu ni kira paling level last la ...habis duit je menjadik idok .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2025 01:07 AM From the mobile phone | Show all posts
AWEKSAMURAI replied at 13-2-2025 12:37 AM
Btul ..Cina lg dasyat depa punya tokpekong jga .. dulu kwn aku cina citer ambik kt Thailand yg ami ...

Nak2 klu tokpekong area pedalaman siam-laos sana....perghhh tak de ubat beb
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2025 03:27 AM From the mobile phone | Show all posts
QueenIsolde replied at 13-2-2025 01:07 AM
Nak2 klu tokpekong area pedalaman siam-laos sana....perghhh tak de ubat beb

Aku pernah lah kan dgr member aku citer ..member aku ni punjab lelaki ..awek dia pun punjab mix tamil lawa org nya. Awek dia ni ada lelaki admire tp awek dia xnk la kan sbb dh ada bf member aku tu.

Lelaki yg gila kat awek dia tu pacak gambar awek dia kat tokong siam kat mana tah aku x tau..terus awek dia gila weh.bwk pi berubat merata sume surrender.

Kwn aku tu nk kwen dh dgn awek dia terus kena fikir panjang ..bayang kan duduk dlm kete tengah laju dia bukak pintu kete..dia punya goal hari2 nk mati je. Dia botak kan kepala lah apa lah padahal muka n badan stok supermodel.Kesian gak aku tgok awek dia ending masuk hospital wad gila
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2025 07:18 AM | Show all posts
AWEKSAMURAI replied at 13-2-2025 03:27 AM
Aku pernah lah kan dgr member aku citer ..member aku ni punjab lelaki ..awek dia pun punjab mix ta ...

kesiannya. sampai macam tu sekali kena
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2025 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
AWEKSAMURAI replied at 12-2-2025 07:27 PM
Aku pernah lah kan dgr member aku citer ..member aku ni punjab lelaki ..awek dia pun punjab mix ta ...

Saya pun 50-50 nak percaya - tak percaya ...

Pernah sekali, pagi buta, nak keluar pergi kerja, buka pintu pagar, elok sangat ada beras ditabur sepanjang laluan depan pintu pagar tu... nampak putih bersinar dalam kelam cahaya remang subuh....
Terus berderau darah...

Masuk balik tanya suami, abang ada beli beras tertumpahkan depan pagarkah? Tak ada dia kata...

Nampak jiran sebelah dah keluar juga nak g kerja, tanya diorang juga, kot la ada lalu depan rumah saya tertumpah beras yang dibeli, pun jawabnya tak ada ..

Tak tahu nak buat cemane, sapu je dengan penyapu lidi sambil baca ayat-ayat kursi dan doa-doa pendinding... sapu sebelum dilangkah, masukkan dalam beg plastik, buang je dalam tong sampah besar kat depan taman masa lalu nak g kerja tu... sambil mohon ampun, sebab beras tu... benda makanan.

Risau ada orang nak tutup pintu rezeki...
Wallahu'alam.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 12:59 AM GMT+8 , Processed in 0.053462 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list