View: 14388|Reply: 9
|
Aktor 75 tahun dah beli gelang emas siap-siap, tunggu tunang keluar penjara untuk berkahwin
[Copy link]
|
|
HONG KONG – Pelakon Hong Kong, Lee Lungkei membuat persiapan untuk mengahwini tunangnya yang sedang menjalani hukuman penjara dengan membelikan wanita itu gelang emas, lapor portal berita VNExpress semalam.
Lungkei, 75, mengesahkan bahawa perkahwinan mereka akan berlangsung tahun ini, selepas tunangnya, Chris Wong dibebaskan dari penjara Hong Kong pada Julai depan.
Chris menjalani hukuman penjara 25 bulan selepas didapati bersalah atas beberapa pertuduhan termasuk menetap di Hong Kong melebihi tempoh masa menggunakan visa pelancong.
Lungkei menyatakan hasrat untuk menjalani kehidupan sederhana dengan Chris selepas wanita itu dibebaskan.
Tambahnya, dia tidak mengharapkan Chris bekerja selepas pembebasannya dan bersedia menyara wanita itu dari segi kewangan.
Chris yang berasal dari tanah besar China, ditangkap pada Februari 2024 kerana tinggal lebih masa menggunakan visa pelancong Hong Kong.
Dia berdepan tuduhan tambahan menggunakan sijil tamat pengajian kolej penerbangan Amerika Syarikat palsu untuk memohon Skim Bakat dan Profesional Hong Kong.
Pasangan yang pertama kali bertemu ketika Lungkei berusia 66 tahun itu pada mulanya merancang berkahwin pada akhir 2023 tetapi menangguhkan perkahwinan ekoran kematian bapa Chris.
Lungkei terkenal melalui wataknya dalam siri televisyen seperti The Condor Heroes, Journey to the West dan Forensic Heroes.
Dia mempunyai tiga anak hasil perkahwinan pertamanya pada era 1970-an dengan semua mereka lebih berusia berbanding Chris.
Sumber: Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Macam ni pun boleh masuk CI ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
looks familiar muka dia
maybe dulu suka tengok citer cina
suka hero nama Leon Lai |
|
|
|
|
|
|
|
sayawifenikmie replied at 13-2-2025 11:45 PM
looks familiar muka dia
maybe dulu suka tengok citer cina
suka hero nama Leon Lai
Leon Lai Ming ![](static/image/smiley/onion/kiss.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
lelaki yg nak nikah..
beli siap2 gold |
|
|
|
|
|
|
|
kannnn
rasanya dia hero yg paling handsome zaman dia
tapi dia tak fofular sangat kot
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak2 die taknak nasihatkan bapak diorg ke? Lain macam je bakal mak tiri. Siap scam sijil belajar lagi tu. Aku dengar ramai jah org dari tanah besar tu desperado nak keluar dari China. Tu yg 2 juta pelancong China masuk Malaysia tak keluar2 tu |
|
|
|
|
|
|
|
Ingtkan pokcik kelana tadi![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
annehuda replied at 14-2-2025 02:34 AM
Anak2 die taknak nasihatkan bapak diorg ke? Lain macam je bakal mak tiri. Siap scam sijil belajar la ...
Org kalau tgh mabuk berchenta ni..ko cakap la apa pun mmg dia takkan dgr weh.. walaupun tua bangka educated.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|