LAMA mengelak daripada mengulas mengenai isu hutang terhadap pihak Majlis Amanah Rakyat (Mara), pelakon Rozita Che Wan akhirnya tampil bersuara mengenai perkara tersebut.
Rozita atau mesra disapa Che Ta, 52, memberitahu dia sudah melangsaikan tunggakan hampir RM1 juta kepada pihak Mara.
“Alhamdulillah semua sudah selesai. Sudah tiada apa-apa kaitan.
“Cuma saya masih ada hutang rumah yang perlu dibayar. Rasanya semua orang pun tak boleh elak dengan komitmen seperti itu,” katanya kepada mStar.
Rozita berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pertunjukan fesyen Hikayat Ariani Karya Seindah Busana yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Khamis.
Dalam pada itu, Rozita menjelaskan dia mengunci mulut daripada mengulas mengenai isu tersebut kerana merasakan orang ramai tidak perlu mengetahui mengenainya.
Malah pelakon drama Kiah Pekasam ini juga bertindak lebih matang apabila berdepan dengan kontroversi itu.
“Saya rasa tak perlu nak tampil atau beri penjelasan kepada sesiapa pun. Saya tak ada masalah dengan orang lain. Jadi saya simpan untuk diri sendiri.
“Cuma mungkin sekarang saya semakin matang dan bila mana membabitkan ahli keluarga, lebih-lebih lagi anak-anak,” ujarnya.
Dalam masa sama, Rozita memberitahu ada dalam kalangan rakan yang mula menjauhkan diri susulan isu panas berkaitan dirinya.
Enggan ambil pusing, sebaliknya menganggap apa yang berlaku memberi pelbagai hikmah termasuk siapa kawan dan lawan.
“Mestilah ada menjauhkan diri dan Allah bagi ujian agar kita boleh tengok yang mana Allah nak jauhkan daripada kita.
“Saya fikir positif sahaja sebab setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya,” luahnya.
Rozita tampil bersama jenama Ariani memperagakan koleksi Ariani Luxe 2025.
Sebelum ini, nama Rozita panas apabila dia dilaporkan gagal membayar hutang hampir RM1 juta kepada Mara.
Susulan kegagalan membayar hutang, banglo Rozita di Petaling Jaya, Selangor diserbu pihak Mara pada 10 Disember tahun lalu.
Tindakan itu dipercayai dilakukan bagi membolehkan pihak Mara menilai barang-barang dalam banglo terbabit bagi tujuan penyitaan.
Bagaimanapun pelaksanaan penghakiman terhadap pelakon itu ditangguhkan selepas dia membuat sebahagian pembayaran hutang Mara sebanyak RM550,000.
Manakala bakinya perlu diselesaikan dalam tempoh tiga bulan iaitu sebelum penghujung Mac 2025.
Kredit : mstar
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
say asuka jer che ta ni
selamat beli 3 lai kaftandia
cantik .. lembut dan sejuk kain dia
nampak mahal walau reger rm159 jer
saja support cheta buat bayaq utang mara