View: 19487|Reply: 12
|
[Tempatan]
Butakah Cinta?Dia Nikah Dengan Orang Lain”-Kiciwa Cinta Ditolak Semasa Remaja,Warga Emas 83 Tahun Tak Kahwin-Kahwin, Hidup Gelandangan
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 13-2-2025 11:29 PM
Seperti perkongsian kisah yang tular di laman media sosial ini apabila seorang warga emas berusia 83 tahun dikatakan tidak kahwin-kahwin kerana masih tidak boleh ‘move on’ dengan rasa ‘sakit’ cintanya ditolak…
Menurut kisah yang dikongsikan oleh Sinar Harian, seorang warga emas bernama Che Ahmad Dollah, 83 tahun, memilih untuk hidup bujang selepas kecewa cintanya ditolak wanita ketika mereka berusia belasan tahun. Sangat memedihkan hatinya apabila tindakan wanita berkenaan yang memilih berkahwin dengan jejaka lain menyebabkan warga emas itu menanggung kekecewaan dan membawa diri sehingga ke hari ini.
“Dia nikoh dengan orang lain..frust,” ujar Che Ahmad apabila ditanya mengenai kenapa tidak berkahwin.
Berasal dari Temangan, Machang, pakcik ini menghabiskan sisa hidupnya sebagai gelandangan dengan menumpang tidur di masjid-masjid sekitar Kota Bharu. Anak bongsu dari 5 adik-beradik ini mengambil upah sebagai pencuci pinggan mangkuk di ekdai-kedai makan untuk wang harian bagi mencari sesuap nasi.
Tidak mempunyai sebarang penyakit serius walaupun berusia, namun akibat terjatuh dalam bilik air baru-baru ini, warga emas berkenaan terpaksa menggunakan tongkat kerana patah tulang pahan kanan.
Kini, dia dikurniakan rezeki apabila dapat tinggal di sebuah bangsal yang dibina oleh seorang individu berhati mulia bernama Hafiz Ibrahim, berdekatan dengan kubur arwah kakaknya. Walaupun hanya bangsal tapi sudah cukup dan bersyukur mempunyai tempat untuk berteduh dan memberitahu kepada orang sekeliling bahawa jika dia meninggal dunia kelak, diminta akan dikebumikan juga berdekatan dengan kubur arwah kakaknya itu.
Ujarnya lagi, qalaupun tidak mempunyai saudara mara yang rapat dan ada bersama di saat susah, ini merupakan pilihannya dan dia
dia tenang hidup dengan cara sebegini.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Apa kaitan tak dpt kawen dgn hidup gelandangan? Means betul lah pompuan tu tolak pinangan sbb tkde masa depan lelaki gini |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti sujud syukur nenek tu tak kahwin dgn atok ni.![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
satu ujian ja dh kalah..agaknya nenek tu dh nampak dari dulu... |
|
|
|
|
|
|
|
Baru putus cinta dh game over kah? |
|
|
|
|
|
|
|
entah betul ke tak la citer atuk tu layan je la
setakat kena reject tu perkara biasa bg org lelaki
klu tak mcm mana nak dpt ramai awek err silap sorang awek ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Terlalu kecewa. Mesti bekas gf dia tu hanya satu dalam sepuluh juta. Tiada pengganti. |
|
|
|
|
|
|
|
Jitu replied at 14-2-2025 05:00 PM
entah betul ke tak la citer atuk tu layan je la
setakat kena reject tu perkara biasa bg org lelaki ...
Bangpooh syak pakcik ni satu geng dengan bangpooh. Saja coverline, dekjitu… ![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
kesian atok ni...mmg sakit hati cinta tak berbalas tok,tapi kena sayangkn diri jgk..apapun moga dipermudahkan urusan hari2 tua ni |
|
|
|
|
|
|
|
oh mcm tu ada logik juga bila pikir2 kan
bang pooh kawin dgn janda yg dah menopause je la
kurang2 ada juga teman ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
uols pun mengalami juga
cari lelaki lain je la buat apa berharap lg menyeksa diri je
|
|
|
|
|
|
|
|
patut takde anak bini blh la at least kumpul harta sikit, ada rumah sendiri wpun kecik takpe dah.
apa2 je la tokki weiii |
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki kuat drama bukan perempuan saja |
|
|
|
|
|
|
| |
|