CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9982|Reply: 2

Jeruk Aliff Syukri didakwa berlendir, basi

[Copy link]
Post time 14-2-2025 03:00 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 14-2-2025 11:20 AM

‘Sedap atau tak jeruk mangga Aliff Syukri?’- Lelaki ini ada jawapanya.

Seperti yang diketahui, personaliti media sosial dan usahawan terkenal, Datuk Aliff Syukri, sering terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan, daripada produk kosmetik hingga makanan.

Terbaru, beliau memperkenalkan produk baharunya – jeruk mangga, yang menarik perhatian ramai sehingga membuatkan netizen ‘terliur’ kerana kelihatan begitu menyelerakan.

Namun, pempengaruh makanan, Syedot, tampil memberikan ulasan jujur mengenai jeruk mangga tersebut. Dalam satu video yang dimuat naik, Syedot meluahkan rasa kecewa selepas mencuba produk itu.

Menurutnya, bungkusan jeruk yang diterima berada dalam keadaan kembung sewaktu penghantaran, menandakan terdapat pengumpulan gas di dalamnya.

“Gas dia memang banyak, jadi saya terus letak dalam peti ais bagi sejuk, barulah ia mengecut.”

Namun, selepas mencubanya, Syedot mendakwa bahawa jeruk tersebut terlalu berasid, sudah berbau, dan tidak boleh dimakan lagi.

“Maaf cakap, rating 2/10. Dia dah jadi macam tapai. Bergas dan berlendir.”

Ulasan tersebut mendapat perhatian ramai di media sosial, dengan pelbagai reaksi daripada netizen mengenai kualiti jeruk mangga keluaran Aliff Syukri.

https://sarangburung.net/sedap-atau-tak-jeruk-mangga-aliff-syukri-lelaki-ini-ada-jawapanya/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-2-2025 07:04 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2025 07:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang kita pantang selebriti/retis menjual, memang berpusu2 membeli
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.112640 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list