Kecoh di media sosial seorang penyanyi dituduh mencuri sebuah kamera ketika hadir sebagai penyanyi undangan di sebuah majlis perkahwinan pada Sabtu.
Seorang wanita dikenali sebagai Nureen Iman mendakwa penyanyi berusia 25 tahun itu menyembunyikan kamera tersebut di dalam poket seluar sebagai percubaan mencuri ketika majlis sedang berlangsung.
Dakwa Nureen, perbuatan tersebut turut dirakam menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang berada lokasi majlis berlangsung.
“Beraninya nak cuba mencuri di majlis perkahwinan yang kau sendiri dijemput untuk menyanyi? Lagi pula kau itu dikenali ramai. Berani betul," katanya.
Wanita tersebut mendedahkan perkara itu menerusi ciapan di laman X miliknya berserta video dia bersemuka dengan penyanyi terbabit.
Dalam pada itu, Nureen mendakwa ketika mencari kamera tersebut dia turut ada bertanya kepada penyanyi berkenaan namun lelaki itu berpura-pura tidak tahu mengenainya.
Bagaimanapun selepas perbuatannya terbongkar, penyanyi itu cuba memberi alasan mengambil kamera itu untuk digunakan sebagai ‘prop’ ketika bergambar selain berdolak-dalik mengenainya.
“Semasa saya mencari kamera itu saya bertanya pada semua orang termasuklah dia tapi dia jawab 'oh saya ada nampak tadi dekat atas meja, hilang ke?' dan bukannya mengatakan kamera itu digunakan sebagai prop.
“Mula-mula dalam poket, lepas itu dalam beg pula, eh tahu-tahu dalam poket balik lepas dah balik. Nak reka cerita pun bagilah masuk akal sikit. Memalukan!,” ujarnya.
Penyanyi yang pernah menyertai sebuah rancangan realiti itu bagaimanapun menafikan perkara tersebut ketika wanita tersebut bersemuka dengannya.
Sebaliknya menjelaskan dia hanya menggunakan kamera berkenaan sebagai prop untuk bergambar.
"Saya ternampak kamera itu dan nak ambil gambar dengan rakan-rakan, jadi sekadar untuk pose saja," luahnya.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada wanita tersebut membuat laporan polis terhadap penyanyi itu atau pun tidak.
Sementara itu, pengurus kepada penyanyi berkenaan ketika dihubungi mStar memaklumkan pihaknya sudah menghubungi Nureen untuk menyelesaikan perkara itu namun masih belum mendapat jawapan.
“Buat masa sekarang kami masih belum bersedia untuk berkongsi sebarang kenyataan.
“Kami juga sudah menghubungi pihak berkenaan namun masih belum ada balasan. Kami juga nak tahu keseluruhan cerita.
"Jadi untuk berlaku adil bagi kedua-dua pihak, pihak kami perlu menunggu bukti dari pihak sana," katanya.
Sumber: mStar
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
penyanyi gred C guys kat tiktok. kalau bagitau nama pun forumers takkan tahu. abaikan jela. kemungkinan besar cubaan untuk naikkan nama masuk big stage
Post time 16-2-2025 06:26 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by doubleA at 16-2-2025 06:28 PM
Whoareyussss
Tapi iols cuba la tengok video tu kt x. Tak tahan suara perempuan tu nyet nyet nyet sangat not deserve my time so iols passed jela tak tengok habis pun