View: 15932|Reply: 2
|
Baru mula kerja, anak bengang ibu desak suruh belikan Vios
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – “Saya rancang nak beli Axia masa dapat kerja pertama dulu, tapi mak saya mula paksa saya belikan Vios untuk dia. Saya ulang, untuk dia.”
Itu luahan seorang individu di media sosial yang terkilan apabila dia didesak ibu sendiri supaya membelikannya kereta jenama Toyota Vios.
Walaupun didesak, individu berkenaan mengambil keputusan mendiamkan diri memandangkan ibu bapanya sendiri tidak pernah menyara kehidupannya sejak bersekolah menengah.
“Kalau naik kereta dengan dia (ibu), dia nampak Vios ja terus cakap, ‘Syoknya kalau dapat Vios ni. Ha, tu bakal kereta mak lah tu!’.
“Saya menjelingkan mata ke atas saja. Tolonglah, saya tanggung diri ni sejak zaman SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dulu. Ibu bapa tak pernah hulur.
“Mereka ingat pinjaman pelajaran tu dah cukup. Sekarang saya dah putuskan hubungan dengan mereka, satu sen pun tak hulur. Saya cakap tunggu selesai bayar pinjaman penuh pelajaran, baru saya hulur,” katanya.
Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen, malah ada yang turut berkongsikan pengalaman serupa.
“Mak saya pernah suruh saya tanggung kereta Honda adik saya sebab dia tak mampu bayar bulan-bulan. Setahun tolong bayar, akhirnya saya beli kereta sendiri. Lantaklah, gaduh juga la masa tu,” kata seorang netizen.
“Saya faham keadaan awak. Sesetengah ibu bapa harap anak-anak mereka bagi semua kehendak mereka. Umur dah menua, tak payahlah fikir kehendak tekak. Anak-anak tu nak juga rasa kehidupan sendiri,” ujar @iam.mar14.
“Lebih kurang pengalaman kita. Keluarga tak pernah tanggung pengajian atau belanja mula habis sekolah. Masuk universiti (cari) duit sndiri. Bila mula kerja, mak saya minta minta bagi dia bulanan RM1,000,” kongsi seorang lagi netizen.
Sumber: Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Hmm.. Nasib kita serupa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian anak2 dapat mak pak bangang miskin, semua nak harap duit anak, ingat bank kot? Bagi mana mampu je rm 100-200, tak perlu sampai rm1000. Kalau kau gaji rm10K boleh la bagi rm1000. |
|
|
|
|
|
|
| |
|