CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 36865|Reply: 29

[Tempatan] Ada ijazah pun tak menjamin dapat kerja

[Copy link]
Post time 18-2-2025 08:30 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Dalam dunia pekerjaan yang semakin mencabar, ibu bapa kini semakin berhati-hati dalam membimbing anak-anak memilih bidang yang mampu menjamin masa depan mereka.

Bagi Noor Azmi bin Rafiei, 63, beliau membimbing anak-anaknya memilih bidang yang lebih stabil seperti teknologi maklumat dan logistik.

Beliau juga menyedari bahawa kecerdasan buatan (AI) semakin berkembang dan memberi impak besar kepada sektor pekerjaan.

"AI ini cepat berkembang, tidak lama lagi hampir semua pekerjaan akan ada kaitan dengan AI, jadi anak-anak kena ambil tahu dan bersedia," katanya lagi.



Katanya, perubahan dalam pasaran kerja menyebabkan ramai graduan sukar mendapatkan pekerjaan walaupun peluang masih wujud.

"Dulu orang fikir kalau ada ijazah, kerja confirm (pasti) ada tetapi sekarang, persaingan makin tinggi, peluang makin terhad, jadi anak-anak kena lebih bersedia," katanya.

Menurutnya, bidang seperti kejuruteraan awam melahirkan ribuan graduan setiap tahun, tetapi hanya sebilangan kecil sahaja yang mendapat pekerjaan dalam industri.

"Masalahnya bukan kurang pekerjaan, tetapi peluang itu terlalu sedikit jika dibandingkan dengan jumlah graduan yang keluar setiap tahun," ujarnya.

Sementara itu, Shaheerah Abdullah, 50, yang anaknya bakal mengambil Diploma, mengakui bahawa memilih bidang pengajian bukan sesuatu yang mudah.

"Sebagai ibu, mestilah saya risau tetapi saya percaya kalau anak saya betul-betul minat dan berusaha, dia pasti boleh berjaya," katanya.

Menurutnya, anaknya berminat dalam bidang seni kreatif, tetapi dia sedar bidang tersebut mempunyai persaingan tinggi.

"Awalnya saya takut kerana orang selalu cakap bidang seni susah untuk mendapatkan pekerjaan… tetapi sekarang dunia sudah berubah, peluang tetap ada jika dia tahu bagaimana hendak manfaatkan teknologi," jelasnya.

Beliau menekankan kepentingan kemahiran tambahan seperti AI dan pemasaran digital yang boleh membantu anaknya menyesuaikan diri dalam pasaran kerja.

"Bukan sekadar jadi pelukis atau animator, tapi harus tahu juga macam mana teknologi boleh bantu… siapa yang boleh gabungkan seni dengan teknologi, dialah yang akan ke depan," tambahnya.

Seorang lagi ibu bapa, Sazali Bakri, 52, yang mempunyai anak sedang menduduki STPM, turut berkongsi kebimbangannya mengenai perubahan dalam pasaran kerja menjelang 2030.

"Saya rasa pekerjaan yang bergantung sepenuhnya pada tenaga manusia mungkin akan berkurangan, tapi pada masa yang sama, banyak kerja baharu akan wujud terutama dalam bidang teknologi dan digital," katanya.

Walaupun begitu, beliau yakin anak-anak muda masih boleh berjaya jika mereka bijak menyesuaikan diri dengan keperluan industri.

"Anak-anak kena rajin belajar kemahiran baru, jangan hanya bergantung pada satu bidang sahaja… kena ada lebih daripada satu skil supaya lebih fleksibel," jelasnya lagi.

Beliau juga menegaskan bahawa ibu bapa perlu memberi sokongan kepada anak-anak, bukan sekadar menentukan hala tuju mereka tanpa mempertimbangkan minat dan kebolehan mereka.

"Saya akan biarkan dia pilih apa yang dia minat, tapi dalam masa sama saya akan nasihatkan supaya dia ambil bidang yang ada masa depan dan boleh bantu dia dapat kerja nanti," tambahnya.

Dalam masa yang sama, beliau berharap kerajaan dan institusi pendidikan lebih aktif dalam membantu pelajar memahami trend pekerjaan dan mempersiapkan mereka dengan kemahiran yang sesuai.

"Saya harap sistem pendidikan kita lebih fleksibel, lebih banyak latihan industri dan kursus kemahiran supaya pelajar bersedia dengan dunia kerja sebenar, bukan hanya teori dalam buku," katanya.

Sumber: Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2025 09:36 PM | Show all posts
sebab tu TVET giat diketengahkan...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbb tu la kurangkan lah beranak. Nak kejar bau baby sgt bila dh besar anak tu, makin kurang pulak peluang kerja.
Kerja buruh byk lah tapi takkan ada ijazah diploma nak keje buruh pulak kan. Mak mertua pun select.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 10:54 PM | Show all posts
salah satu skil yg berguna untuk "laris" time cari kerja nanti adalah kebolehan berbahasa asing (selain English) like Arabic, Mandarin, Korean, Japanese, French, Spanish, etc.. kerja kat call center kalo uolls leh berbahasa salah satu dari bahasa tu boleh dpt 6-7k as base pay. Cume mandarin maybe dpt kurang ckit sbb local malaysian still banyak boleh speaking mandarin..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2025 01:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak bapak sediakan rumah sewa 10 pintu lah,  kalau atuk nenek moyang tanah pusaka ada kebun dapatkan lah utk cucu, pekerjaan haram banyak scammer mlm pelacuran urut judi ahlong dadah
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2025 02:05 AM From the mobile phone | Show all posts
belajar coding
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2025 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
"Masalahnya bukan kurang pekerjaan, tetapi peluang itu terlalu sedikit jika dibandingkan dengan jumlah graduan yang keluar setiap tahun," ujarnya."

*Apa maksud acik ni sebenarnya?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2025 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by asmurai at 19-2-2025 10:49 AM

deleted
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2025 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols pun galakkan anak2 buah buat IT..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2025 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi budak2 skrang ni nk ke buat TVET aku tgk diorg lg suka jd influencer je. Aku baru2 ni saja pegi Kolej Komuniti ni, diorg ada offer course komputer tapi yg jenis pasang kabel pasang wiring. Yg ni diorg siap join ngan satu kampeni ni mmg confirm la dpt keje sbb kampeni tu mmg subkon bawah TM. Tapi masalah pd kolej tu sbb mmg tak ramai yg nak masuk course tu so kolej tu takleh supply students yg kampeni tu nak
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2025 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul la tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2025 04:58 PM | Show all posts
annehuda replied at 19-2-2025 11:18 AM
Tapi budak2 skrang ni nk ke buat TVET aku tgk diorg lg suka jd influencer je. Aku baru2 ni saja pegi ...

kerjaya berdasarkan minat ni pun tak menjamin sgt, spt influencer ni, klu ramai sgt pun kena bersaing seluruh dunia jugak..

aku rasa kpm perlu kempen ketika disekolah lagi, yang kehidupan akan datang perlu dua tiga jenis kerja, jadi kemahiran perlu dua tiga juga. Jadi kalau nak jadi influencer sangat pun, tidak dihalang, tetapi kefahamannya pelajar masih perlu kemahiran lain supaya pendapatan lebih terjamin...


Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2025 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cm_vungtau at 19-2-2025 05:06 PM

Uni tempatan memang hauk dik non. Ranking pun even UM yang dibangga2kan tu level 251 sampai 300 untuk Times Higher Ranking. Maksudnya graduate employability hauk. Sebab tu susah dapat kerja.  
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2025 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak senang dapat kerja ko mintak Sunway Uni. Dapat top student sana, jauh lagi senang dapat kerja. Sebab diorang pandai speaking and pandai buat kerja. Sunway group buat kerja memang tip top. Walaupun raking uni 401 sampai 500 tapi diorang uni private dan baru, sama level dengan UTM. Hauk tak hauk uni tempatan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2025 05:11 PM | Show all posts
iols lah tu tapi iols dah banyak belajar AI so oklah boleh blend in dengan keadaan semasa. Cuma nak apply dalam pekerjaan tu tak pasti melalui kaedah apa etc. Kalau mintak kerja baru pon balik2 gaji basic 1.5k-1.7k je nok...kau gila ye?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2025 05:17 PM | Show all posts
benarrrrrrr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2025 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 19-2-2025 11:18 AM
Tapi budak2 skrang ni nk ke buat TVET aku tgk diorg lg suka jd influencer je. Aku baru2 ni saja pegi ...

KK mana ni u...apa nama course ni eh... biar terang
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2025 05:29 PM | Show all posts
tukul replied at 19-2-2025 05:20 PM
KK mana ni u...apa nama course ni eh... biar terang

Jap aku PM ko
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2025 06:47 PM | Show all posts
kisah benar ex intern kat opis
dapat few offers
REJECT
alasan
1. gaji sikit - dia minta gaji rm3500, kalau company tu bagi rm3200 pun dia reject
2. tak ada work from home
3. jauh dari umah. kena naik mrt/ lrt lepas tu kena jalan kaki.
4. annual leave kurang 15 hari

kalau company tu bagi rm3500++ pun
selagi item 2 , 3 dan 4 tu tak dipenuhi
dia reject

lepas tu meroyan tak dapat kerja
dok la up status sedih2 allah tak tolong la..life is meaningless la
sejenis bodoh tak reti bersyukur
bila kita tegur, kecik hati
bila kita tak cakap apa2, just dengar luahan dia, pun kecik hati

eh bodoh ya budak2 zaman skang ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2025 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
gekkou replied at 19-2-2025 06:47 PM
kisah benar ex intern kat opis
dapat few offers
REJECT

Bukan budak2 je demand..Ade parent pun sama sibuk demand...mcm la anak dia seorg je graduate uni... Lps tu bising ckp company yg nak bg gaji beso tp syarat2 yg lain x leh nak ikut...ehh dia je leh demand.. kadang2 rs bgs gak...br buku bertemu ruas
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 02:19 AM GMT+8 , Processed in 0.056281 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list