CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3563|Reply: 0

Lembaga Pengampunan terima 342 permohonan banduan

[Copy link]
Post time 19-2-2025 04:00 PM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR – Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan menerima permohonan daripada 342 banduan supaya hukuman mereka diringankan, ditangguh atau diberikan pengampunan penuh dari tahun 2006 hingga 2024.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, seramai 106 banduan telah menerima pengampunan penuh.


“Sebanyak 44 banduan telah diringankan hukuman. Baki 192 permohonan ditolak,” katanya menerusi jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat di sini semalam.


Azalina berkata, tempoh menunggu keputusan daripada Lembaga Pengampunan bergantung kepada permohonan banduan dan kekerapan mesyuarat Lembaga tersebut.


Sementara itu, katanya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 2,208 penjawat awam didakwa terbabit rasuah sejak 2020 hingga tahun lalu.


Menurut beliau, seramai 1,070 daripada mereka yang ditahan telah dituduh di mahkamah, manakala 493 telah pun disabitkan kesalahan.


Jelasnya, ia hasil pembukaan 725 kertas risikan, 3,765 kertas penyiasatan awam dan 2,265 kertas siasatan terhadap dakwaan rasuah membabitkan penjawat awam dalam tempoh sama.


“Ia hasil daripada 11,139 maklumat berunsur rasuah membabitkan penjawat awam yang diterima SPRM. SPRM turut melucut hak RM140 juta nilai aset tahun lalu” katanya.


Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan, SPRM sedang melaksanakan arahan lanjut Timbalan Pendakwa Raya (TPR) bagi melengkapkan siasatan berhubung dakwaan rasuah terhadap ahli dewan undangan negeri (ADUN) dari Sabah.


Kata beliau, SPRM membuka dua kertas siasatan sebelum ini dan diserahkan kepada TPR untuk diteliti, namun terdapat arahan lanjut daripada TPR dan SPRM sedang dalam tindakan bagi melengkapkan siasatan.


Sumber  – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 12:49 AM GMT+8 , Processed in 0.039339 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list