CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3676|Reply: 8

10 nelayan Indonesia ditahan tangkap ikan kawasan larangan

[Copy link]
Post time 19-2-2025 04:01 PM | Show all posts |Read mode



LUMUT – Seramai 13 orang nelayan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak dengan 10 daripadanya merupakan warga Indonesia ekoran melakukan aktiviti menangkap ikan di kawasan yang tidak dibenarkan di sini sekitar pukul 3.11 petang kelmarin.


Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, kesemua mereka yang menaiki vesel pukat jerut bilis didapati melakukan aktiviti tersebut di kedudukan kira-kira 0.5 kilometer (km) barat Telok Belanga di sini.


Beliau berkata, penahanan tersebut dibuat oleh sebuah bot ronda APMM yang sedang melakukan rondaan rutin di sekitar sektor operasi berkenaan bagi mencegah perlakuan jenayah maritim di perairan negeri ini.


“Tangkapan berkenaan dibuat dengan membabitkan seorang tekong warga tempatan dan 12 orang kru membabitkan dua warga tempatan dan sepuluh orang warganegara Indonesia berumur dalam lingkungan 24 hingga 69 tahun.


“Kes akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu beroperasi kurang dari 1.8km dari pantai atau daratan,” katanya di sini hari ini.


Mohamad Shukri berkata, kesemua nelayan ditahan, manakala bot dan hasil tangkapan ikan bilis dengan anggaran 30 kilogram serta peralatan menangkap ikan dirampas.


Katanya, kesemuanya diserahkan kepada pegawai penyiasat APMM untuk tindakan lanjut.


“Berikutan tangkapan tersebut, APMM mengarahkan agar komuniti maritim sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan bagi mengelakkan tindakan undang-undang diambil,” katanya.


Sumber  – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2025 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
abes la kedubes Msia.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2025 09:18 AM | Show all posts
...seorang tekong warga tempatan ...12 orang kru membabitkan dua warga tempatan...


yang sial yang macam ni lah.... jenis tamak bodoh, takde common sense, tak fikir kedaulatan negara...ini kalau indon upah jadi barua pun sanggup..
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2025 10:48 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2025 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu konthol nye terjuntai ke? Macam burung merpati di laut?
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2025 11:58 AM | Show all posts
rampas bot mereka dan letupkan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-2-2025 01:05 PM | Show all posts
pokokmeranti replied at 20-2-2025 11:58 AM
rampas bot mereka dan letupkan.

Kalau tekong orang Malaysia maknanya bot Malaysia kan?

10 orang indon tu pekerja ja.


Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2025 01:12 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 20-2-2025 01:05 PM
Kalau tekong orang Malaysia maknanya bot Malaysia kan?

10 orang indon tu pekerja ja.

belum tentu..ada je tekong Malaysia, pacak bendera Malaysia tapi milik warga lain. I tahu sbb org kelantan cite, yg mereka sllu turun ke laut selalu jumpa bot thai dan vietnam ceroboh masuk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2025 01:22 PM | Show all posts
pokokmeranti replied at 20-2-2025 01:12 PM
belum tentu..ada je tekong Malaysia, pacak bendera Malaysia tapi milik warga lain. I tahu sbb org  ...

Tapi yang ini ditangkap atas kesalahan memukat terlalu dekat, 500 m dari pantai. Bot asing kalau menceroboh biasanya jauh di tengah laut di sempadan perairan.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 04:19 PM GMT+8 , Processed in 0.272963 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list