View: 9139|Reply: 5
|
[Dunia]
Inisiatif penjimatan kos, Pentagon dijangka mula berhentikan pekerja tidak lama lagi - Laporan
[Copy link]
|
|
WASHINGTON: Pentagon dijangka memberhentikan kakitangan mereka bermula minggu ini, sebagai sebahagian daripada inisiatif penjimatan kos, memetik satu laporan semalam.
Menurut Agensi Anadolu yang memetik laporan The Washington Post, sumber dalam kalangan lima individu yang mengetahui rapat perkara itu memberitahu, pentadbiran Presiden Donald Trump mengarahkan agensi pertahanan itu untuk menyerahkan senarai kakitangan dalam tempoh percubaan sebelum Selasa.
Dijangkakan ramai kakitangan jabatan itu yang bakal diberhentikan dalam minggu ini.
Laporan itu menyebut, arahan untuk mengurangkan kakitangan awam dibuat selepas pegawai daripada Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang diketuai Elon Musk mengunjungi Pentagon.
Walaupun masih belum jelas sama ada mana-mana kakitangan di Pentagon akan dikecualikan daripada pemberhentian ini, sumber memberitahu kebanyakan mereka dijangka tidak akan mendapat pengecualian.
Pentagon, ibu pejabat Jabatan Pertahanan AS yang menerima peruntukan bela jawan melebihi AS$840 billion (RM3.7 trillion) adalah agensi persekutuan terbesar di negara itu.
Jabatan itu menggajikan kira-kira 950,000 kakitangan awam.
Bagaimanapun, tiada reaksi segera daripada DOGE dan Pejabat Pengurusan Personel (OPM) mengenai laporan itu.
Dalam satu temubual dengan stesen televisyen Fox News awal bulan ini, Trump berkata Musk bakal mendedahkan penipuan dan penyalahgunaan dana berjumlah berbilion dolar yang diperuntukkan kepada Pentagon.
Trump juga bercadang untuk mengarahkan Musk menjalankan siasatan terhadap Jabatan Pendidikan dan Ketenteraan. - AGENSI
Sumber – Harian Metro
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Apa benda "Malaysia study tour' ni?

|
|
|
|
|
|
|
|
Pengaruh musk semakin garang kelihatan pada banyak bahagian pentadbiran.
.. dia nak jadikan pentadbiran kerajaan spt pentadbiran korporat ker? |
|
|
|
|
|
|
|
jgn jd mcm LGE abcd gst sudahla.... konon penjimatan ujung2 kurangkn bilangan tren lrt cancel bina tempat parking |
|
|
|
|
|
|
|
Akak lihat ramai yang komplen lrt lambat, peak hours ramai org atas platform, tak dapat masuk tren sebab tren penuh dari stesen yang sebelum tu dan berbagai lagi.
Pada akak, lrt ni cuma lrt lah, perumahan dan kondo 100 tingkat yang banyak naik pun menjadi punca semakin ramai umat atas platform nak tunggu lrt. itu belum lagi mrt kajang yang selalu problem. konon beli rumah di kajang murah, nak ke KL ada mrt. hujung2 mrt problem
|
|
|
|
|
|
|
|
petronas pulak bila nak start buat right sizing? |
|
|
|
|
|
|
| |
|