CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34607|Reply: 5

[Jenayah] Empat lombong bitcoin curi elektrik diserbu PGA, TNB

[Copy link]
Post time 19-2-2025 07:14 PM | Show all posts |Read mode
Empat lombong bitcoin curi elektrik diserbu PGA, TNB
Oleh Zuliaty Zulkiffli - Februari 19, 2025 @ 10:24am'

Kakitangan TNB melakukan pemotongan elektrik yang dikesan melakukan aktiviti melombong bitcoin yang diserbu bersama PGA Batalion 2, Kulim di daerah itu.NSTP/IHSAN PGA

SUNGAI PETANI: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 2, Kulim menyerbu empat lokasi di sekitar daerah ini yang dipercayai melakukan kegiatan melombong bitcoin di sini, Isnin lalu.

Komander Briged Utara PGA Ulu Kinta, Perak, Senior Asisten Komisioner Shahrum Hashim berkata, operasi yang dilakukan Cawangan Risik 2 PGA Batalion 2 itu turut disertai Pasukan Juruteknik Khas (Seal Team) Tenaga Nasional Berhad (TNB) Zon Utara.

Beliau berkata, operasi yang bermula jam 5 petang hingga 10 malam itu dilakukan berdasarkan maklumat dan risikan yang diterima sebelum ini.

"Hasil pemeriksaan mendapati, empat buah premis yang diserbu itu dipercayai menjalankan aktiviti melombong bitcoin dan disyaki melakukan penyambungan bekalan elektrik secara haram.

"Berikutan itu, kita merampas pelbagai barangan yang digunakan untuk kegiatan sindiket itu yang ditemui iaitu 111 unit mesin perlombongan Bitcoin, lima unit router, dua unit modem dan sebuah komputer riba.

Peralatan yang digunakan untuk melombong bitcoin yang dirampas dalam serbuan di empat premis di daerah ini.NSTP/IHSAN PGA

"Jumlah keseluruhan barangan yang dirampas adalah sebanyak RM890,950," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shahrum berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 37 (3) Akta Bekalan Elektrik 1990.

Beliau berkata, jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

"Bagi Seksyen 37 (1) Akta Bekalan Elektrik 1990, jika disabit kesalahan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

"Briged Utara PGA sedang giat melakukan pengawasan dan rondaan sekitar Perak, Pulau Pinang dan Kedah bagi mengekang aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang.

"Selain itu, Briged Utara PGA juga akan terus komited dan konsisten dalam menggerakkan tindakan penguatkuasaan dan tidak akan sesekali berkompromi dalam menguatkuasakan undang-undang khusunya yang membabitkan penyelewengan barang keperluan harian yang juga salah satu kepentingan awam yang perlu diselia dan dijaga," katanya.

Menurutnya, masyarakat atau pengguna diseru supaya menjadi mata dan telinga bagi menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa berhubung aktiviti yang menyalahi undang-undang.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2025 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku masih xpaham mcm mana dorg melombong bitcoin ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2025 09:47 PM | Show all posts
lurve82 replied at 19-2-2025 07:29 PM
Aku masih xpaham mcm mana dorg melombong bitcoin ni.

Komputer2 ini digunakan oleh software bitcoin dalam urusan transaksi bitcoin.

Sesiapa sahaja boleh sediakan komputer ni. Upah akan diberi kepada pemilik komputer yang digunakan. Dari juta-juta komputer tersedia di seluruh dunia, ikut nasib komputer siapa yang akan dipakai. Sebab itu lagi banyak komputer, lagi besar kemungkinan untuk dipakai.

Tak perlu kerja, hanya tunggu sahaja dan maintain komputer.. tetapi kos elektrik pulak yang mahal. Memang boleh terjadi kos elektrik lebih mahal dari upah yang diberi oleh software bitcoin. Sebab itu "Orang bijak" curi letrik untuk maksimukan untung... haha

Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2025 10:31 PM | Show all posts
lurve82 replied at 19-2-2025 07:29 PM
Aku masih xpaham mcm mana dorg melombong bitcoin ni.

Samalah, tak faham dan tak nak faham. Dok jejauh ja

Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2025 11:06 PM | Show all posts
nate gapo lombong bitcoin ni ?
saya sorang je ke yg tak tahu ...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2025 01:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Dlu men game boleh dapat bitcoin diorg bagi dlm bentuk satoshi..rugi plak x men byk2 game tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.665608 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list