View: 33855|Reply: 41
|
Zehra Zambri nak fail cerai fast track, suami pula nak fail nusyuz
[Copy link]
|
|
Zehra Zambri dilaporkan bakal memfailkan cerai secara 'fast track' terhadap suaminya dalam masa terdekat.
Perkara itu disahkan oleh suaminya iaitu Nur Mohd Iqwan Samsudin, 42, selepas hasrat itu dimaklumkan sendiri oleh Zehra kepadanya pada pagi Rabu.
Ia susulan selepas Zehra selesai berjumpa dengan peguamnya dipercayai ada kaitan dengan kes penceraian mereka.
“Saya dimaklumkan Zehra akan failkan penceraian secara 'fast track' minggu depan.
“Pagi tadi (Rabu) dia beritahu yang mahu keluar sekejap. Selepas itu, Zehra memaklumkan dia berjumpa peguam untuk failkan cerai terhadap saya,” katanya kepada mStar.
Iqwan mendedahkan perkara itu ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi pada petang Rabu.
Menjelaskan kehadirannya ke mahkamah, Iqwan memberitahu dia bercadang memfailkan nusyuz terhadap Zehra sebagai salah satu usaha menyelamatkan rumah tangga mereka.
Bagaimanapun, Iqwan berharap dia dapat bertemu dan berbincang dengan Zehra bagi menyelamatkan perkahwinan yang dibina sejak tiga tahun lalu.
“Saya belum failkan nusyuz cuma datang ke mahkamah kerana mahu mendapatkan pencerahan dan mengetahui prosedur selanjutnya,” jelasnya.
Kata Iqwan lagi, hubungan mereka ketika ini dalam keadaan baik malah tiada sebarang perbalahan.
Tegas Iqwan, dia percaya hubungan mereka dapat diselamatkan dan penceraian bukan penyelesaian terhadap kemelut yang berlaku.
“Saya nak selamatkan perkahwinan ini sebab kami tiada sebarang masalah. Ikut undang-undang kami masih suami isteri.
“Kami ada anak bersama. Penceraian bukan penyelesaian apatah lagi hubungan kami pun baik-baik sahaja,” ujarnya.
Ditanya mengenai punca Zehra mahu bercerai, Iqwan tidak mengetahui sebab sebenar tindakan isterinya itu.
Bagaimanapun dia percaya keputusan itu disebabkan wujud gangguan atau pengaruh pihak ketiga dalam rumah tangga mereka.
“Dia tidak maklumkan, kenapa dan mengapa. Ya (pihak ketiga). Ada gangguan pihak lain atau pengaruh dia failkan (cerai),” jelasnya.
Sebelum ini, kehidupan peribadi Zehra menjadi bualan ramai selepas Iqwan dikatakan sudah memadam foto mereka bersama di Instagram.
Jelas Zehra, suaminya itu tidak memadam foto tersebut sebaliknya hanya diletakkan dalam mod arkib kerana tidak gemar menjadi perhatian umum sejak dia menyertai program Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11).
Sementara itu usaha mStar mendapat reaksi Zehra berhubung dakwaan suaminya tidak berjaya apabila panggilan yang dibuat tidak dijawab.
Untuk rekod, Zehra mendirikan rumah tangga dengan Iqwan pada 10 November 2021.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia tiga tahun.
Sebelum itu, Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri Wan Mohd Effendi pada 14 Oktober 2017 namun ikatan itu hanya bertahan selama enam bulan sebelum bercerai pada April 2018.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Meols tak faham, kalau hubungan baik2 saja, apahal bini nak fail cerai express?
Dah nak bulan posa, ada yg nak nikah supaya boleh posa sama2 & ada jugak nak serai |
|
|
|
|
|
|
|
Baik2 katanya tp suami padam gambar bersama & isteri nak cerai cepat... Isk tak faham la. Harap merajuk manjah je la kesian anak tu dah le nak puasa dah ni. Raya kang sorg2 sedih tau |
|
|
|
|
|
|
|
Selalu kalo tanya laki mesti kata "tak tahu"
Tapi kalo pompuan, belum sempat tanya abis dibukak cerita |
|
|
|
|
|
|
|
..... berbaloi kah masuk GV ?
|
|
|
|
|
|
|
|
Perkahwinan pertama tahan 6 bln je. Cikkak ni jenis bgun tdo trs nekad nk cerai.. letih gini. |
|
|
|
|
|
|
|
Lor awat tu...nak posa dah ni. Another wake up call tactic? Lol |
|
|
|
|
|
|
|
aku syak dia ni masuk GV tak dapat restu suami. tapi dia spesis ikut kepala dia sebab kemaruk nak famous dari dia muda. lepas tu dia tak pandai nak manage suami dia. Nasihat i... takyah cerai.. u glam minggu lepas je. u akan sendu minggu depan. org dah tak ingat GV. org ingat AJL sekarang. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku rasa laki dia ada pompuan lain. Skrg ni dia dah found out something, fed up dan dia blah gitu je. Suami muka baik pijak semut tak mati ni selalunya gitu |
|
|
|
|
|
|
|
Org laki, manjang xtau bila ditanya
Dah bersama 4 tahun kot, tak kan xkenal bini sdr |
|
|
|
|
|
|
|
Nak selamatkan perkahwinan dgn failkan nusyuz |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh ke masuk gv suami tak restu..macam pelik je takkanla keputusan besar camtu bukan persetujuan bersama, even tawaran pun bukan dtg seminggu sebelum. Mesti longggg before..
Tapi obviously suaminya yg delete gambar isteri..
Isteri pulak nangis kat gv lepas separuh perjalanan gv..
Dan isteri pulak menari bersungguh sungguh masa gv, minggu last sampai kena kecam. Tu jelah yg bebetul nampak..
Selain tu cuma desas desus shj.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by lightheaded67 at 20-2-2025 08:30 AM
rayna_raynes replied at 20-2-2025 01:13 AM
Aku rasa laki dia ada pompuan lain. Skrg ni dia dah found out something, fed up dan dia blah gitu je ...
ouch charlie bit mey
kalau tgk intebiu yg laki dia bru ni, tgk mcm suka je glemer glemer
(edit pdm komen tt, mcm xbebas pulok org nk komen kena quote huhu)
|
|
|
|
|
|
|
|
iollss syak benda yg sama sebijik sejobok seperti uollss 
|
|
|
|
|
|
|
|
"Iqwan memberitahu dia bercadang memfailkan nusyuz terhadap Zehra sebagai salah satu usaha menyelamatkan rumah tangga mereka."
Lelaki bila dah gelabah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Huurrmmm...indah khabar dari rupa. Saja je la iolls google hari kawin 6 bulan tu.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
hurmm, baru sangat kawin nye, anak pun kecik lagi tu
laki dia bukan ke keje rtm.? patut paham la orang keje industri hiburan ni macam mana |
|
|
|
|
|
|
|
semalakama
suka lagu ni
masuk ajl |
|
|
|
|
|
|
|
btw sape blh share fast track utk bercerai ni
kes mcmn yg eligible
ape prosedurnya
dan kos2 yg terlibat
|
|
|
|
|
|
|
| |
|