Dengan kos sara hidup yang kian meningkat, ramai yang terkesan di dalam kehidupan seharian sehingga perlu berjimat-cermat untuk hadapi hari yang mendatang.
Jadi, seorang lelaki dari Korea Selatan menerusi saluran YouTubenya ingin melakukan satu cabaran dalam mengetahui sama ada bolehkah seseorang menjalani kehidupan di Malaysia berbekalkan RM50 untuk tujuh hari.
Perlu bahagi untuk makanan, pengangkutan dan lain-lain
Apa yang menambah kesukaran di dalam cabaran ini adalah dia perlu membahagikan wang dengan efisien termasuklah makanan, pengangkutan dan segalanya yang diperlukan di dalam rutin minggu berkenaan.
Sebagai permulaan cabaran, dia sedia mendapatkan bekalan makanan untuk rutin seharian di sebuah pasar raya. Ini termasuklah sebuku roti jumbo dengan secawan mi segera.
Hanya makan roti
Dia merancangan untuk makan roti tersebut selama tiga hari dan mi segera hanya bila terlalu lapar sahaja. Untuk berjimat, dia turut membawa roti berkenaan ke pejabat sambil menikmati dengan kopi percuma yang disediakan di sana.
Dia juga mencuba hidangan nasi mamak dengan bajet RM2 pada hari pertama. Dua hari berikutnya dia telah menghabiskan roti tersebut dan memakan mi segera kerana terlalu lapar.
Pada hari ke-4, dia terpaksa berbelanja besar dalam mendapatkan nutrisi protein selepas beberapa hari hanya memakan roti dan mi segera yang tidak mempunyai zat yang secukupnya.
Dia langsung membeli sekarton mi segera dan sepapan telur yang akhirnya meninggalkan baki sekitar RM15.6 sahaja
Pada hari kelima, dia masih memakan bekalan mi segera pada tempoh hari lalu. Namun, rakan sekerjanya tampil belanja makan yang lebih mengenyangkan kerana simpati akan nasib lelaki itu yang mungkin dilihat tidak cukup zat barangkali.
Sehari kemudian, dia hanya mempunyai baki sebanyak RM6.4 sahaja dan terpaksa pergi ke pasar raya sebagai jalan terakhir mengharungi seharian dengan mendapatkan makanan dan minuman percuma yang tersedia di booth.
Dan di penghujung cabaran, dia kelihatan seperti berputus asa selepas kehabisan wangnya mana baki akan digunakan untuk pengangkutan.
Sebenarnya, lelaki itu mengakui kalau diikutkan dia sudah melebihi bajetnya kerana sedia makan mewah namun dibelanja oleh rakan karib.
Akhir sekali, dia menyimpulkan terdapat 3 perkara yang dipelajari menerusi cabaran ini iaitu jika tiada wang akan membuatkan dia terasa sentiasa lapar, sentiasa berbuat dengan orang sekeliling dan rakyat Malaysia sangat baik kerana sering membelanjarnya di sepanjang dalam cabaran berkenaan.
Di dalam cabaran ini juga, dia mendapati dirinya mengalami penurunan berat badan yang drastik dek mungkin kerana tidak mendapatkana makanan yang berzat di mana kebiasaannya agak mahal dan pasti akan melebihi bajet RM50 itu.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register