View: 9071|Reply: 12
|
[Tempatan]
Ramai nak masuk MRSM, calon tolak berkurangan – Asyraf Wajdi
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR – Trend kemasukan pelajar ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) tahun ini amat menggalakkan apabila hampir semua tempat yang ditawarkan telah diisi.
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Asyraf Wajdi berkata, berbanding tahun sebelum ini, hampir 40 peratus pelajar menolak tawaran ke institusi pendidikan di bawah Mara tersebut.
Katanya, tahun ini seramai 104,000 pelajar memohon untuk memasuki MRSM dan 22,400 orang telah lulus ujian Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM.
“Manakala tempat yang kita tawarkan pula hanya 8,909. Setakat semalam saya tengok setiap MRSM itu sikit sahaja yang tak hadir (mendaftar).
“Umpamanya sewaktu saya pergi ke MRSM Sungai Besar semalam, tak sampai 20 orang pun yang tidak hadir. Maksudnya ramai nak masuk.
“Kalau dulu biasanya bila kita tawarkan 30 hingga 40 peratus itu akan tolak dan kita dapat isi dengan mereka (calon) yang menanti,” katanya pada sidang akhbar semasa Majlis Makan Tengahari Media Bersama Pengerusi Mara di sini hari ini.
Ditanya mengenai kuota bukan bumiputera ke MRSM, beliau berkata, kuota 10 peratus yang diperuntukkan itu tidak pernah dimansuhkan.
Bagaimanapun katanya, penyertaan bukan bumiputera ke institusi berkenaan tidak mencapai kuota tersebut sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
“Jika dilihat trend tiga atau empat tahun lepas, jumlahnya (kemasukan pelajar bukan bumiputera) tidak sampai satu peratus, untuk tahun ini saya belum mendapat laporan kerana pendaftarannya baharu sahaja bermula semalam.
“Bagi saya, kita mengalu-alukan (pelajar bukan bumiputera ke MRSM) sebab kita tak pernah memansuhkan kota tersebut. Kita masih mengekalkannya kerana ada baiknya juga untuk proses interaksi dan integrasi itu berlaku dengan mereka (bukan bumiputera),”ujarnya.
Sumber: – KOSMO! ONLINE
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Apa ya kelebihan masuk asrama form 1 ni. Mgkn lebih baik sbb ada sekatan telefon dan pelajar2 mgkn lebih smart jadi persekitaran tu membantu pelajar lah kot ye? |
|
|
|
|
|
|
|
Sekrg ni sek harian lagi cemerlang.. |
|
|
|
|
|
|
|
Myhappyending replied at 22-2-2025 01:18 PM
Apa ya kelebihan masuk asrama form 1 ni. Mgkn lebih baik sbb ada sekatan telefon dan pelajar2 mgkn l ...
Budak jadi lebih berdisiplin, guru2 pun lebih berkelayakan, lebih berfokus. Masuk skolah biasa, pentadbir pun kdg assign cikgu yg bukan opsyen ngajar sampai kdg2 tak ajar betul2. Nak bljr mcm budak mrsm masuk kelas krk/dlp pun kdg kualiti budak tu tak bagus pun dr f1, kalau parents degil nak masukkan budak dlm kelas krk |
|
|
|
|
|
|
|
Myhappyending replied at 22-2-2025 01:18 PM
Apa ya kelebihan masuk asrama form 1 ni. Mgkn lebih baik sbb ada sekatan telefon dan pelajar2 mgkn l ...
Untuk keluarga miskin, msrm & sbp mampu menyediakan suasana pembelajaran yg kondusif. Tak payah kelam kabut nak kena jaga adik2, boleh fokus time belajar etc.
Utk keluarga berkemampuan pula, kehidupan di asrama ni boleh mendisiplinkan mereka. Belajar basuh kain baju sendiri, kemas katil cadar, beratur time mkn, hormat senior, x habiskan masa dgn gajet & online etc. Benda2 ni mmg boleh diajar juga dirumah. Tp kadang2 parent x dak masa nak monitor.
My two cents |
|
|
|
|
|
|
|
Krk kat Selangor ada tak chuols?
|
|
|
|
|
|
|
|
jejarihalus replied at 22-2-2025 03:34 PM
Sekrg ni sek harian lagi cemerlang..
Ada sek harian yg cemerlang result spm level sbp. Murid2 yg masuk tu 100% under KSN ie kelas seliaan negeri. Siap ada swimming pool lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
makita replied at 22-2-2025 06:20 PM
Ada sek harian yg cemerlang result spm level sbp. Murid2 yg masuk tu 100% under KSN ie kelas selia ...
Skolah mana ada siminpul ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 22-2-2025 06:40 PM
Skolah mana ada siminpul ni?
Smk Kgv Seremban. Sejak 90an dah da dah. |
|
|
|
|
|
|
|
makita replied at 22-2-2025 06:59 PM
Smk Kgv Seremban. Sejak 90an dah da dah.
Taktau pulak ada skolah bersiminpul.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 22-2-2025 07:00 PM
Taktau pulak ada skolah bersiminpul..
Meols duk igt selama ni mrsm n sbp ada swimpul hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
makita replied at 22-2-2025 07:22 PM
Meols duk igt selama ni mrsm n sbp ada swimpul hahaha
Hahahah.. kalau mrsm ada siminpul, iols dah register dari tingkatan 1.. hahahah |
|
|
|
|
|
|
|
hashashes replied at 22-2-2025 06:02 PM
Krk kat Selangor ada tak chuols?
Setiap negeri ada je krk tu. cuma dlm daerah tu tak pasti semua ada, boleh tanya kat skolah. Tapi jangan tanya iols kat mana ada, iols definitely bukan kat selangor. |
|
|
|
|
|
|
| |
|