CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5366|Reply: 18

Mendonia! Neelofa dapat Anugerah Wanita Inspirasi

[Copy link]
Post time 21-2-2025 11:28 AM | Show all posts |Read mode
Selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa Mohd. Noor atau Neelofa diberi penghormatan apabila dipilih sebagai penerima anugerah bagi kategori Wanita Inspirasi sempena acara The Muslim World Women’s Summit: Voices HER Festival.

Pengiktirafan berprestij diberikan sebagai penghargaan terhadap sumbangan beliau dalam dunia keusahawanan, pemerkasaan wanita, serta peranannya sebagai ikon Muslimah yang memberi inspirasi kepada masyarakat.



Bekas pengacara program MeleTOP itu menerima anugerah tersebut atas kejayaan luar biasanya dalam bidang perniagaan fesyen patuh syariah, serta advokasi mengenai kepentingan keseimbangan antara kejayaan profesional dan nilai keislaman.

Beliau menyifatkan penghargaan tersebut satu simbol kekuatan, keazaman, dan peranan besar yang dimainkan oleh wanita dalam dunia hari ini.

  


“Anugerah ini bukan hanya untuk saya, tetapi untuk semua wanita di luar sana yang berusaha menggapai impian mereka tanpa mengorbankan prinsip dan nilai yang dipegang. Saya berharap kejayaan ini dapat menjadi inspirasi kepada lebih ramai wanita untuk berani mengejar cita-cita mereka.

“Kejayaan bukan hanya diukur dari segi pencapaian material, tetapi juga dari segi bagaimana kita memberi impak positif kepada masyarakat dan membawa perubahan yang lebih baik,” katanya.



Menurutnya, anugerah itu dedikasikan kepada semua wanita yang berani melangkah keluar dari zon selesa, berusaha tanpa mengenal lelah, dan terus berpegang teguh pada prinsip serta keimanan mereka.

“Semoga kita semua dapat terus menjadi inspirasi kepada satu sama lain dan membantu membentuk dunia yang lebih baik.

“Terima kasih kepada pihak penganjur atas penghargaan ini dan kepada semua yang sentiasa menyokong perjalanan saya. Moga Allah SWT terus memberkati langkah kita semua,” katanya.

  


Neelofa sebelum ini sudah meraih pelbagai anugerah atas kejayaan dalam bidang keusahawanan dan pengaruhnya dalam dunia fesyen serta media sosial.

Beliau juga aktif dalam kerja-kerja kebajikan serta sering berkongsi ilmu dan pengalaman bagi menggalakkan pemerkasaan wanita dalam perniagaan dan kehidupan.

  


Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2025 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Derrrr....Anugerah ni takde mende pon bkn prestigious pon. Cik B blh dapat tuuu... adehhh...Lebih kpd nak paw award recipient jer. Tgk la sape pemberi anugerah nya. Noraini dan Wak 47.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2025 03:44 PM | Show all posts
nak bagi tu...tgk la adik beradik dan mak pak macam mana....macam x layak je.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2025 08:11 AM | Show all posts










Tapi award ini  juga yang terpaling berbaloi


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2025 08:13 AM | Show all posts








#lobenakaward












This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2025 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
ktt semua kt die preggy yuhuuu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2025 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Puriz rupa.. sgt..

Awat cikpah tulis BI.. pastu ending BM?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2025 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
berpurdah tapi eye makeup tak tinggal yach.

kalau benak sheols tak nampak lagi betapa bebalnya jadi fans sheols tatau la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2025 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
SpyLeman replied at 21-2-2025 01:22 PM
Derrrr....Anugerah ni takde mende pon bkn prestigious pon. Cik B blh dapat tuuu... adehhh...Lebih kp ...

baru nak cakap ni award berbayar kan
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2025 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena bayau kan utk dpt anugerah ni.
Lobenak confirm berangan nak jahudi dpt datukship lps ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2025 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Purdah bak sekeping roti canai tutup idung dan mulut
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2025 03:22 PM | Show all posts
patutnya ada satu lagi anugerah nyah... anugerah founder yang paling banyak kambus produk...

lepastu untuk membuktikannya suruh dbkl korek2 belakang tanah rumah sheols dengan agen2 untuk melihat berapa banyak dah produk kena kambuih
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2025 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Award beli ke tuuuu???
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2025 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
sekarang nie tengok tak ramai sangat dah membekap family tunggang langgang nie
yg pah bekap adiknyer melekap dgn si jef tue pown majoriti dah stat annoying dgn family nie
dgn tinipetiais sekali deyols hentam
baguslah! ramai yg dah buka mata kowt pasal family no.1 penunggang agama nie
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2025 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
MatDeghem replied at 22-2-2025 08:11 AM
Tapi award ini  juga yang terpaling berbaloi

Top top top meletop!wait and see malaysian!
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2025 04:21 PM | Show all posts
wow wow wow .....  thread hajjah mendonia  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2025 04:23 PM | Show all posts
fofuler lagi ker hajjah di forum cari ni? nampaknya , ramai acik2 por sayang nak lepaskan hajjah  ....  
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2025 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Anugerah beli ni kannn???
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2025 05:00 PM | Show all posts
emera replied at 22-2-2025 04:53 PM
Anugerah beli ni kannn???

resit pembelian ada? marah acik por nanti fitnoh hajjah kesayangan diorang nih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 09:23 PM GMT+8 , Processed in 0.262028 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list