View: 5240|Reply: 3
|
Lelaki gaji RM28k cari calon isteri baru-nafsu tinggi, isteri no1 nak rehat tak nak layan
[Copy link]
|
|
Ramai mengimpikan kehidupan yang senang dan dilimpahi dengan wang ringgit.
Namun gaji yang lumayan belum tentu menjamin kebahagiaan.
Seperti seorang lelaki berusia 38 tahun ini, dia mendakwa mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM28,000 dan mampu memberi kesenangan kepada insan bergelar isteri.
Menurutnya, dia sudah berumah tangga dan tidak pernah culas untuk memberikan nafkah kepada isterinya sepanjang tempoh perkahwinan mereka.
"Sebelum kahwin, masa berkenalan lagi saya dah beritahu kepada isteri yang saya akan berikan sebuah rumah, sebuah kereta, nafkah RM100 sehari dan takaful hibah RM1 juta supaya semua aset saya tak perlu berebut.
"Saya ada lebih 20 bangunan kedai dan rumah untuk pelaburan," katanya menerusi satu hantaran di laman sosial.
Bagaimanapun di sebalik kemewahan itu, dia mendedahkan mempunyai hasrat untuk berkahwin lain bagi memenuhi keperluan batinnya.
"Tujuan saya mahu berpoligami adalah ingin berkasih sayang. Saya mempunyai nafsu yang agak tinggi iaitu seminggu antara empat hingga empat kali.
"Isteri (pertama) pun izinkan disebabkan dia nak berehat," ujarnya.
Walaupun mendapat keizinan isteri, dia mengakui sukar untuk mencari calon isteri kedua.
Luahnya, hubungannya bersama wanita-wanita sebelum ini tidak pernah bertahan lama.
"Setiap kali berkenalan dengan wanita yang saya minat, kena reject. Paling lama berkenalan pun dua tahun saja. Tolong beri semangat kepada saya. Nak puasa tapi malam tak boleh puasa.
"Pelbagai rawatan saya dah buat, yang tradisional dan moden pun dah. Hasilnya adalah kadar penghasilan testosteron saya yang tinggi," katanya.
Malah, dia turut berkongsi pengalaman berkenalan dengan beberapa wanita untuk dijadikan sebagai calon isteri kedua.
"Saya pernah jumpa janda yang berkenan di hati. Tapi bekas suami 'gila' pula sampai kita pun diganggu.
"Mula-mula tu bakal isteri boleh terima poligami, lama-lama macam nak bolot seorang," jelasnya.
Mengakui memiliki harta dan wang yang banyak bukan penentu kejayaan untuk berpoligami, lelaki itu turut menegaskan dia tidak akan menceraikan isterinya sekiranya sudah menemui calon baharu.
"Saya tetap sayangkan isteri pertama dan tidak akan sesekali ceraikan dia melainkan dia sendiri yang nak," katanya lagi.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
empat hingga empat kali, apekah typo ini |
|
|
|
|
|
|
|
Peh awal2 ckp takkan lepaskan yg 1st. Kecuali she insists. Wah kau |
|
|
|
|
|
|
|
cerita rekaan jer ni.. yg penagih biawak pun senang cari bini inikan yg berduit |
|
|
|
|
|
|
| |
|