CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17857|Reply: 11

Kay Khydir sanggup buat senaman ekstrem demi Shiha Zikir

[Copy link]
Post time 23-2-2025 04:40 PM | Show all posts |Read mode


Demi Shiha Zikir, penyanyi Kay Khydir sanggup melakukan senaman ekstrem demi mendapatkan berat badan ideal untuk penggambaran muzik video lagu duet mereka berjudul Ulang.

Kay atau Nur Khaidir Muhid, 36, berkata, pengorbanan itu berbaloi kerana dengan bentuk tubuh lebih sasa dapat menyerlahkan elemen muzik berinspirasikan Pop Latin yang diketengahkan dalam muzik video berkenaan.

“Saya membuat persiapan berbulan-bulan untuk mendapatkan berat badan ideal untuk penggambaran muzik video Ulang.

"Penjagaan makanan saya ketika itu sangat ketat diikuti rutin senaman harian yang lebih ekstrem berbanding biasa," katanya kepada mStar.

  


Bercakap mengenai kerjasama dengan Shiha, Kay menganggap ia sebagai kenangan terindah dalam kariernya.

Shiha bukan sahaja komited terhadap apa dilakukan malah turut menyukai konsep diketengahkan bersama Arul Ariffin Baharun dalam muzik video tersebut.

“Proses menyiapkan video muzik lagu ini adalah kenangan indah yang tak dapat saya lupakan.

“Kerjasama dengan warga kerja Shiha Zikir Empire (SZE) memang seperti sebuah keluarga," jelasnya.

  


Tampil dengan imej elegan dan berani, Shiha memberitahu dalam muzik video itu dia berjaya menampilkan sisi berbeza.

Shiha atau Nurshiha Mohd Zikir, 37, berkata dia seronok dapat mencuba sesuatu baharu termasuk membawa watak sebagai 'Bond Girl'.

“Watak ala Bond Girl itu adalah hasil idea daripada Arul, saya suka tetapi hanya untuk muzik video Ulang itu saja.

“Kalau untuk lakonan, saya sebenarnya teringin cuba watak air mata yang boleh meninggalkan impak kepada penonton.

"Saya mahu lakonkan watak yang boleh buat orang menangis pula, harap ada rezeki suatu hari nanti,” katanya.

  


Dalam pada itu, Shiha berkata lagu Ulang merupakan hadiah persahabatan buat Kay selepas memiliki syarikat rakaman sendiri.

Bukan hanya itu, suara Kay juga dikatakan sesuai untuk membawa lagu berkenaan yang kedengaran seksi dan segar.

Karya tersebut digubah serta ditulis sepenuhnya oleh Firdaus Rahmat, Iqie Hugh dan John Jeeves.

  


“Apabila saya sudah ada syarikat rakaman dan pengurusan sendiri seperti sekarang, kenapa tidak saya hadiahkan Kay satu lagu yang dia suka.

"Dan untuk mencipta memori dengan seorang sahabat, saya pun berduet sama dengannya,”luahnya.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2025 05:35 PM | Show all posts
buat lah apa pun tetap sendu
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2025 05:43 PM | Show all posts
who is yuhhh kedua2nya...
tidak cukup popular untuk iols kenali mereka...

tetap sendu dua2nya sebab wajah tidak cukup menarik untuk tembus relevan market..

kau kena pakai ala2 aina abdul dek dan curi hati fans2 ponen bottom serta nyanyi menjerit2 barulah boleh relevan..

kalau dapat memikat hati ponen2 bottom kuat berangan... ponen2 tu siap datang red carpet pakai macam kelambu dan backdrop ulang tahun che ta yang ke 75 lagi dik...
silap2 jadi karpet untuk engkau pijak pun mereka sanggup
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2025 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Shiha ni better berlakon ja lah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2025 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedap ke nasi ayam dia
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2025 11:02 AM | Show all posts
sape ni nok?? shezik pun sendu2 nasik ayam je...beriya kau pasang badan..ada scene romen2 ke nok?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-2-2025 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Shiha ni kesygn tv3 btul… sendu pun bnyk job siap open ajl lg… tp suara dia xleh go la x sedap mcm mengumam gitoh

Yg laki tu bkn adik diddy af ke yg dpt phd tu… nama x komersial mcm nama pereka fesyen dulu2
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2025 02:15 PM | Show all posts
boti ker uoollssss....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2025 04:44 PM | Show all posts
Iols rasa shiha skrg dh iras2 Linda Onn pulak
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2025 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kowser aku dgn shiha zikir yg selalu trying hard tp tetap sendu dan selalu tiru rossa
Bawak je la identiti sendiri
Meluat aku sibuk nk tiru2 retis lain punya lenggok nyanyi
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2025 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Shiha ni denting betul ya vibe cat dinding.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2025 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
shiha ni macam akimstacy sikit gigih produce artis bawah label masing2 tapi tahap gitu je la aura pun takde..lagu pun tak sedap bezanya retis bawah shiha boleh nyanyi je so pembaziran uwang..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 10:01 PM GMT+8 , Processed in 0.381625 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list