View: 29510|Reply: 30
|
Amerul Affendi Tolak Tawaran Berlakon Pada Bulan Ramadan, Fokus Usaha Kebun – ‘Dah 10 Tahun Buat Kerja Kampung, Itu Kerja Hakiki Saya’
[Copy link]
|
|
Pelakon berbakat, Amerul Affendi mendedahkan bahawa sepanjang bulan Ramadan, dia memilih untuk menolak tawaran berlakon bagi memberi tumpuan kepada kebun yang diusahakannya di kampung.
Ketika ditemui OhBulan!, Amerul atau nama lengkapnya Mohd Amerul Affendi Mohd Mawardi, 38, berkata dia sudah berjinak-jinak dalam bidang pertanian sejak tahun 2015.
Setiap kali bulan Ramadan, saya memang tidak menerima tawaran berlakon kerana menghabiskan masa di kebun. Saya mengusahakan beberapa tanaman termasuk sawit, manakala dalam penternakan, saya membela kerbau.
Hasil tanaman dan ternakan ini ada yang saya jual, ada juga untuk kegunaan sendiri.
Pelakon filem Limbungan: Tragedi Hitam 1975 itu menganggap bahawa kerja-kerja yang dilakukan di kampung itu sebagai pekerjaan utamanya di luar bidang seni.
Kerja hakiki saya adalah kerja di kampung.
Amerul berkata demikian ketika ditemui di sesi penggambaran drama BRU yang bakal ditayangkan di TV3 sempena Syawal akan datang.
Dalam perkembangan lain, Amerl memberitahu bahawa dia kini dalam proses menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana (Master) melalui program Accreditation of Prior Experiential Learning for Qualifications (APELQ).
Saya sebenarnya baru nak sambung belajar ke peringkat ijazah sarjana melalui APEL Q, di mana mereka menilai saya dari sudut lakonan saya. Salah satu syarat untuk melayakkan saya adalah perlu berkecimpung dalam dunia lakonan sekurang-kurangnya 20 tahun.
Saya sudah 21 tahun dalam bidang ini, jadi sekarang saya hanya menunggu kelulusan daripada pihak mereka.
Tambahnya, proses pembelajaran ini tidak memerlukan kehadiran ke kelas, sebaliknya hanya perlu menyiapkan tugasan sebagai bukti penglibatannya dalam bidang lakonan selama dua dekad.
Amerul turut berkongsi bahawa menjadi tenaga pengajar dalam bidang seni adalah impiannya sejak di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
Sejak temuduga di ASWARA dahulu, saya pernah ditanya apa yang akan saya lakukan selepas tamat belajar. Saya jawab, saya mahu menjadi tenaga pengajar. Saya mahu gunakan ilmu teater untuk mendidik orang.
Walau bagaimanapun, Amerul menegaskan bahawa sekiranya bergelar pensyarah kelak, dia tidak akan meninggalkan dunia lakonan dan tetap aktif dalam industri seni.
Sekiranya saya menjadi pensyarah kelak, saya tak akan tinggalkan dunia lakonan dan saya akan sentiasa ada dalam industri ini, walaupun dah tua nanti.
APEL Q adalah satu kaedah penilaian yang membolehkan individu mendapatkan kelayakan akademik berdasarkan pengalaman kerja dan pembelajaran tidak formal. Calon tidak perlu menghadiri kelas secara formal, tetapi perlu menyediakan bukti pengalaman dan tugasan untuk menunjukkan kemahiran serta pengetahuan dalam bidang berkenaan.
Sumber: Oh Bulan
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Contoh pelakon berbakat yg ada wawasan. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus mierul..nak raya ni lagi demand kerbau kat belah pahang nun. |
|
|
|
|
|
|
|
Mierul nih mmg x hensem tapi bakat dia dlm lakonan bukan calang2 gak |
|
|
|
|
|
|
|
i penah terpikir kalau dia ni berlakon rom com ngan faz mesti meletops..tapi that time faz bini orang, so skrg tak lagi harap ada la pengarah amik idea i ni  |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni berlakon jadi baik best dan berlakon jadi jahat pun best...walaupun tak hensem, tapi kalau dia belakon, acik suka tengok |
|
|
|
|
|
|
|
asudau replied at 24-2-2025 07:23 AM
dia ni berlakon jadi baik best dan berlakon jadi jahat pun best...walaupun tak hensem, tapi kalau di ...
Lelaki nak nampak hensem, boleh buat.
Rambut trim, buat jambang, pakai kemas2.
Amir Kapla, Merul Haih Konsel, hensem ke?
Lepas groomed, baru nampak ada rupa.
Dulu2, Rosham Nur, oh peperiksaan, tengok muka masa gila2 remaja,mcm tak boleh pergi.
Sekarang, helok.
Siapa je betul2 hensem kat Malaya ni?
Fata exjura, Mustafa Megah Holding, Edika yg setia. Tu je kot. Yg lain, kena grooming jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
belacan_gurl replied at 23-2-2025 11:21 PM
Mierul nih mmg x hensem tapi bakat dia dlm lakonan bukan calang2 gak
Dlm gambar dia nampak kepam. Meols pnh terserempak msa nak pilih sushi kat Aeon, eh muka dia nampak manis kemas n wangi dol hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Bakat yang perlu dihargai. |
|
|
|
|
|
|
|
setuju kalau die jd pensyarah..bru lah walk the talk..die mengajar berlakon dan die sendiri nailed it dlm bidang lakonan..
dan die sedar die xnak mengharap pendptan dlm bidang lakonan smeata dan jd pensyarah utk jdkan pednptan tetap..kudossss amierul |
|
|
|
|
|
|
|
ai rs die bole je kot kalau grooming skit mgkin jd segak dan tampan..cthnye si adlin aman ramli tu memula dulu hauk jugak..lepas kene groom ok la baru berjenis skit
|
|
|
|
|
|
|
|
jd mekyam pon best ngan seluar keciknya...hahahahaha..jom la netizen angkat die jd bintang popular pulak mcm angkat si barkoba dlu..sgt2 underrated die ni padahal belakon mmg tip top
|
|
|
|
|
|
|
|
Salah sorg pelakon favourite, lama teringin nak tengok dia berlakon ngn faz |
|
|
|
|
|
|
|
org temerloh wehhh.. org kg koi. bapok bestnya kalau dia ni berlakon. dia berbakat tpi betul betul low profile kehidupan peribadi dia . maknanya mmg dia berlakon tu passion dia. bukan sekadar nak cari duit or glamour.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku memang suka lelaki yang tak hensem tapi berlakon power. Especially bila mereka tak seberapa popular (underrated) sbb lagi senang nak appreciate talent diorang.
In any ways aku kagum dia ada kerja kat kampung. Entahlah, aku macam mengidam nak kerja dekat pekan berbanding dgn urban cities. |
|
|
|
|
|
|
|
bagus .. me suka lelaki yg ada vision gini..
xhensem xpe, janji ada hala tuju dlm hidopp.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|