CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3337|Reply: 15

Perhentian bas keluar bunyi batuk

[Copy link]
Post time 2-5-2011 10:37 AM | Show all posts |Read mode

SEBUAH perhentian bas yang mengeluarkan bunyi batuk di Britain.


LONDON - Pihak berkuasa kesihatan Britain akan membina perhentian bas baru yang mengeluarkan bunyi batuk berkahak perokok apabila orang ramai mendekatinya, lapor sebuah akhbar semalam.
Perhentian bas itu yang menelan belanja £1,200 sebuah (RM5,939), dilengkapi cip sensor yang dapat mengesan kehadiran manusia seterusnya mengeluarkan bunyi manusia sedang batuk.

Setakat ini, sebanyak 15 buah kemudahan itu telah dibina dalam fasa percubaan di seluruh Britain, terutamanya di kawasan yang banyak mencatatkan kes kanser paru-paru.
Pembinaannya merupakan sebahagian kempen antimerokok di negara itu bagi menggalakkan perokok yang mengalami batuk berpanjangan supaya menjalani pemeriksaan kesihatan.
"Tempat perhentian bas unik ini merupakan kempen iklan kesihatan baru yang dapat menarik perhatian orang ramai," kata seorang pegawai kesihatan, Dr. Phil Sawyer.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2011 02:20 PM | Show all posts
uhukkk.. uhukkkkk... nak berporem pun terbatuk gak sebab time menaip ni tengah merokok
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2011 03:37 PM | Show all posts
uhukkk.. uhukkkkk... nak berporem pun terbatuk gak sebab time menaip ni tengah merokok
HaMiZiE Post at 2-5-2011 14:20


.. yg itu x tau la..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2011 02:05 PM | Show all posts
kalau buat kat Malaysia, musti ramai menjerit membazirrrr...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2011 02:11 PM | Show all posts
hahahha coool
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2011 02:11 PM | Show all posts
kalau kat malaysia nih...kene wat bunyik org baca yasin laa hat mcm kat youtube tu..asal detect org hisap rokok jer pakat baca yasin ramai2...kekekekkeke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-5-2011 08:27 PM | Show all posts
mcm2...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2011 01:33 PM | Show all posts
kalau kat malaysia nih...kene wat bunyik org baca yasin laa hat mcm kat youtube tu..asal detect org  ...
ell768 Post at 11-5-2011 14:11



   setujukkkkkkkkkkkkkkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2011 07:26 PM | Show all posts
buatla rakaman soalan mungkar nangkir sekali kat kubur tuh
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2011 11:04 PM | Show all posts
mujur bunyi batuk .... kalau bunyi lain karang ramai pulak syok lepak kat bas stand .... ahaksssssss
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2011 09:13 AM | Show all posts
uhukk.uhuk...uweekk.....Ptuihhhh.....

buat bunyi org keluarkan kahak skali
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2011 03:52 PM | Show all posts
Buat la ape pun .. selagi jual selagi tu beli.. nak suruh berenti... stop jual lah..
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2011 11:06 PM | Show all posts
macam2....hukk..hukk..harrkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2011 02:42 PM | Show all posts
cuba la pula buat bunyi org tgh beromen.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2011 09:35 PM | Show all posts
perghhh,bunyi batuk berkahak tuhhh........sure yang melekat meletup2 tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2011 02:30 PM | Show all posts
mcm tak praktikel je!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 08:14 AM GMT+8 , Processed in 0.049238 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list