CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4682|Reply: 0

[Kedah] Arwah seorang rakan yang baik, suka tolong orang...

[Copy link]
Post time 28-2-2025 09:31 AM | Show all posts |Read mode
Arwah seorang rakan yang baik, suka tolong orang...

Oleh Zuliaty Zulkiffli - Februari 28, 2025 @ 8:13am [email protected]




Ahli keluarga Muhammad Haziq Uzayr Hairuddin menjirus air di pusara remaja itu yang meninggal dunia sebaik menamatkan sukan merentas desa di sekolahnya, semalam. - Foto NSTP/Zuliaty Zulkiffli




SUNGAI PETANI: "Saya macam tak percaya Haziq dah pergi buat selama-lamanya kerana pagi semalam sebelum merentas desa bermula, dia nampak seronok dan bersemangat," kata Muhammad Shahrul Ashimie Md Fadli, 17.

Muhammad Shahrul Ashimie adalah rakan Muhammad Haziq Uzayr Hairuddin, 17, yang meninggal dunia sebaik tiba di garisan penamat selepas menamatkan acara merentas desa di sekolahnya di sini, pagi semalam.

Acara itu bermula jam 8 pagi dan arwah adalah seorang atlet sukan di sekolah mereka.

Muhammad Haziq Uzayr pernah menjadi rakan sekelasnya ketika di Tingkatan Dua sebelum masing-masing bertukar kelas.

"Pagi tadi (semalam) saya sempat menegurnya 'semoga berjaya' dan dia nampak 'happy' (seronok) sangat.

"Tapi lepas menamatkan acara itu, dia terus rebah dan terus dibawa ke khemah tepi padang.

"Masa itu seorang guru berusaha memberi bantuan CPR kepadanya sementara menunggu ambulans tiba tetapi ketika itu arwah agak lemah," katanya ditemui di Tanah Perkuburan Islam Masjid Sultan Salehuddin, Bandar Puteri Jaya, malam tadi.

Menurutnya, keadaan itu agak mencemaskan kerana melihat sendiri rakannya rebah depan mata dan pada mulanya disangkakan hanya pengsan.

"Tidak lama kemudian pengetua memanggil semua pelajar berkumpul di pentas dan memberitahu Muhammad Haziq Uzayr sudah meninggal dunia.

"Ketika itu saya macam tak percaya tapi akhirnya terpaksa menerima hakikat saya sudah kehilangan rakan yang baik dan suka tolong orang.

"Saya sempat tatap wajahnya dan cium pipinya sebelum jenazah dikebumikan, memang sedih la," katanya.

Jenazah Muhammad Haziq Uzayr yang dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar.

Jenazah kemudian dibawa ke masjid berkenaan untuk disembahyangkan dan selamat dikebumikan jam 11 malam.

Kira-kira 300 orang hadir termasuk ibu bapa remaja itu serta ahli keluarga dan rakan-rakan sekolah Allahyarham hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada jenazah malam tadi.

Media semalam melaporkan seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah di daerah ini meninggal dunia selepas menyertai aktiviti merentas desa, semalam.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/02/1366727/arwah-seorang-rakan-yang-baik-suka-tolong-orang





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 11:34 PM GMT+8 , Processed in 0.049174 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list