CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26354|Reply: 0

[Perlis] Penjawat awam Perlis kerja separuh hari setiap Jumaat sepanjang Ramadan

[Copy link]
Post time 28-2-2025 07:21 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 28-2-2025 07:22 PM

Penjawat awam Perlis kerja separuh hari setiap Jumaat sepanjang Ramadan

ROSLINDA HASHIM
28 Februari 2025 05:42pm




Mohd Shukri




KANGAR - Waktu bekerja semua penjawat awam di Perlis pada Jumaat sepanjang Ramadan tahun ini ditetapkan sehingga 12.30 tengah hari.

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, waktu bekerja yang lebih pendek pada Jumaat semasa bulan puasa itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada Rabu.


Menurutnya, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah menetapkan waktu bekerja penjawat awam negeri setiap Jumaat sepanjang Ramadan bermula dari 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.

"Peraturan ini dilaksanakan bagi menandakan ketibaan bulan Ramadan yang diberkati.


"Dengan pelaksanaan dasar Waktu Bekerja Fleksibel (WBF) Ramadan ini, semua ketua jabatan di peringkat negeri bertanggungjawab memastikan perkhidmatan awam termasuk perkhidmatan kaunter berjalan lancar dan tidak terjejas," katanya selepas perhimpunan bulanan pentadbiran kerajaan negeri Perlis di sini pada Jumaat.

Mohd Shukri berkata, semua ketua jabatan telah diarahkan mengambil langkah perlu untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai waktu perkhidmatan kaunter semasa Ramadan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.


"Melalui dasar WBF ini, waktu bekerja penjawat awam dari Isnin hingga Khamis berdasarkan masa ketibaan mereka di pejabat.

“Sebagai contoh, jika mereka mula bekerja pada 8.30 pagi, mereka boleh pulang pada jam 3.30 petang, jika mereka mula bekerja pada jam 9 pagi, mereka pulang pada jam 4 petang.


"Bagaimanapun, bagi kakitangan di bawah jabatan Persekutuan, pelaksanaan dasar WBF ini tertakluk kepada ketua jabatan masing-masing," katanya.

Menurutnya, inisiatif ini diharap dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan ibadah sepanjang bulan mulia ini.

“Keistimewaan pulang awal pada hari Jumaat hendaklah dimanfaatkan sebaik mungkin untuk meningkatkan ibadah dan ketakwaan bagi mendapatkan keredaan ALLAH SWT.

“Kita perlu bersikap profesional dan toleransi dalam urusan kerja. Jika ada perkara yang menimbulkan kemusykilan, rujuklah kepada individu lebih berautoriti tanpa membuat penilaian semberono,” ujarnya.

Pada 14 Februari lalu, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan penjawat awam di Pahang dibenarkan keluar kerja lebih awal setiap Jumaat sepanjang Ramadan.

Baginda menitahkan waktu bekerja penjawat awam akan berakhir pada jam 12.30 tengah hari pada hari Jumaat bagi membolehkan penjawat awam lebih banyak masa bersama keluarga selain menghormati hari Jumaat sepanjang Ramadan ini.

https://www.sinarharian.com.my/article/715295/edisi/utara/penjawat-awam-perlis-kerja-separuh-hari-setiap-jumaat-sepanjang-ramadan


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 11:33 PM GMT+8 , Processed in 0.104473 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list