CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35195|Reply: 0

[Perlis] Zakat fitrah Perlis ditetapkan pada kadar RM9

[Copy link]
Post time 1-3-2025 01:15 AM | Show all posts |Read mode
Zakat fitrah Perlis ditetapkan pada kadar RM9

BERNAMA - Februari 28, 2025 @ 11:43pm




Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (empat kiri) berkenan melancarkan kadar zakat itu di Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis. - Turut Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalilhadir. - Foto ihsan MAIPS




KANGAR: Kadar zakat fitrah bagi umat Islam di Perlis bagi tahun 1446H/2025M ditetapkan RM9 seperti diperkenankan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memaklumkan bagi mereka yang memilih menunaikan zakat menggunakan beras, kadar ditetapkan ialah satu gantang Nabawi seorang, bersamaan 2.6 kilogram (kg).

"Pembayaran boleh dilakukan melalui amil dilantik secara rasmi oleh MAIPs atau menggunakan kaedah pembayaran dalam talian yang disediakan bagi memudahkan urusan masyarakat," menurut MAIPS menerusi kenyataan di sini hari ini.

MAIPs juga mengingatkan bahawa kegagalan menunaikan zakat fitrah boleh dikenakan tindakan mengikut peraturan sedia ada.

Kenyataan sama memaklumkan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan melancarkan kadar zakat itu di Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis dekat sini hari ini.

Pada majlis itu, Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan melancarkan Kempen Kesedaran Amalan Berwakaf dan Berinfak Tahun 2025, bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan wakaf dan infak dalam pembangunan institusi Islam serta memperkukuh sokongan kepada golongan memerlukan.

Inisiatif itu juga diharap menjadikan masyarakat Islam di Perlis lebih peka terhadap tanggungjawab sosial mereka, selain membantu memperkasakan institusi wakaf dan infak dalam usaha memperkukuh ekonomi ummah. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/02/1367132/zakat-fitrah-perlis-ditetapkan-pada-kadar-rm9





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 11:13 PM GMT+8 , Processed in 0.677556 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list