CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12037|Reply: 7

Fattah Amin, Nadia Hasnan Anggap PTPTN Bukan Beban

[Copy link]
Post time 2-3-2025 09:48 AM | Show all posts |Read mode

Pelakon, Fattah Amin yang juga peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak pernah menganggap hutang PTPTN sebagai sesuatu yang membebankan.

"Susah atau tidak, bergantung. Bagi saya, itu adalah tanggungjawab kepada peminjam yang sudah membuat pinjaman. Kita harus ada rasa tanggungjawab untuk membuat pembayaran balik.

"Apabila kita membuat bayaran balik, wang itu akan digunakan untuk peminjam akan datang untuk melanjutkan pelajaran. Kita harus ada rasa untuk melunaskan tanggungjawab," katanya.

Fattah berkata, dia terus membuat pembayaran sebaik mula bekerja.

"Saya tak ingat bila, tetapi saya memang sudah membuat bayaran balik selepas saya mula bekerja.

"Apabila kita meminjam wang, kita kena tahu ini adalah tanggungjawab kita. Kita sudah tandatangani dokumen dan membuat aku janji untuk membayar semula hutang. Kalau kita rasa enggan, tak sepatutnya rasa begitu sebab PTPTN adalah tabung pendidikan untuk semua," katanya.

Ditanya mengenai proses pembayaran yang digunakannya, Fattah berkata, semuanya dilakukan secara perbankan dalam talian.

"Saya gunakan sistem perbankan dalam talian. Itu yang paling mudah untuk pembayaran balik. Banyak lagi platform yang boleh digunakan untuk membuat pembayaran balik.

"Yang baru nak mula bayar semula, saya rasa bagus. PTPTN pun sudah meluaskan cara pembayaran balik," katanya.

Fattah juga menegaskan bahawa keengganan untuk membayar balik pinjaman pendidikan itu akan memberi kesan di masa akan datang.

"Setahu saya, jika kita tak membuat pembayaran balik ini, ada beberapa isu yang bakal timbul antaranya apabila kita nak buat pinjaman lain di masa akan datang. Itu akan menyusahkan kita di masa akan datang," katanya.


Sementara itu, penyanyi dan pengacara, Nadia Hasnan sentiasa beringat dan tidak mahu menunda pembayaran.

"Saya bayar ansuran bulanan secara manual. Sebenarnya, bayaran balik hutang PTPTN itu tak susah. Yang jadi susah apabila kita mula tak bayar. Apabila dah mula 'terlupa', kita dah terbiasa untuk tak bayar sebab tak ada orang yang ingatkan.

Nadia yang juga pengacara program Wow Shop berkata, dia membuat pembayaran jangka masa panjang dan ia bukanlah sesuatu yang membebankan.

"Lagipun, kalau buat pembayaran bulanan, bukanlah jumlahnya sampai mencecah ribuan ringgit. Saya buat pembayaran dalam jangka masa panjang. Jadi, angka bayaran bulanan itu tak terlalu besar pun.

Ditanya mengenai pengalamannya berdepan dengan peminjam yang tidak pernah membuat pembayaran, Nadia tidak menafikan ada dalam kalangan mereka yang leka.

"Saya rasa, dalam kalangan kenalan saya sendiri pun, mungkin ada yang melalui situasi (leka untuk membayar hutang), bahkan ada yang tak mula membuat pembayaran langsung.

"Biasalah, sewaktu zaman belajar, kita dah 'seronok'. Bila dah habis belajar, dah lupa sebab tak ada orang yang ingatkan.

"Tapi, janganlah biasakan diri terlupa bayar hutang yang sepatutnya kita bayar, hanya kerana tak ada orang ingatkan," katanya.

Menurut Nadia, pembayaran hutang PTPTN itu bukan saja sebagai komitmen dan tanggungjawab peminjam, tetapi juga demi kemudahan generasi akan datang.

"Ingat semula, bagaimana kita berjuang ketika zaman belajar, berjuang untuk membayar yuran dan sebagainya. Zaman sekarang, mungkin harga yuran lebih tinggi berbanding kita dulu.

"Saya pernah merasa susah waktu itu dan dipermudahkan dengan pinjaman PTPTN. Kita tentunya nak generasi seterusnya dapat rasa apa kita rasa.

"Kalau kita tak lunaskan tanggungjawab sebagai peminjam, generasi seterusnya tidak kiralah adik, atau anak-anak kita yang akan terkena kesannya," katanya.


Sumber: Harian Metro


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2025 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols yg dpt smbung belajar,ayah dh xdk..mk xkeja..kak2 smua suri rumah xkeja..abg keja tp gaji xbanyak..iols syukur ada PTPTN...tp iols bengap skit awl2 lps dh keja..sbb iols bayar konon klu AI menang dia nk hapus PTPTN..iols caya ckp dia..smpai iols dpt surat nk kna tindakan byr lump sum..hahaha..last2 iols dh byr secara potongan gaji..alhamdulillah lg skit nk hbs...skrg dia jd org atas PTPTN pun dh kemana..Amar adli pun senyap ja padahal dia sanggup tido depan U dia n dibuang universiti sbb bantah PTPTN
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2025 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols mula2 je struggle tp bila dah stabil ok je byr bln2….
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2025 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols nyesal tak ambik biasiswa KPM dulu. Nyesal nyesal nyesal nyesal. Konon tanak jadik cikgu. Cei la kau. Adik2 jangan bodo macam acik . Gi ambik PTPTN. Pehtu selesaikan hutang dengan hutang.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2025 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah hutang bayar balik.


Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2025 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 2-3-2025 01:25 PM
Meols nyesal tak ambik biasiswa KPM dulu. Nyesal nyesal nyesal nyesal. Konon tanak jadik cikgu. Cei  ...

Aku dulu mula amik sijil poli.dpt 2 pinjaman. Kpm dgn yayasan pahang.iols tolak yayasan,amik kpm sbb kpm dpt 4k. Yayasan pahang 3.5k je. Pastu lps abis blaja mse tu,spe yg pointer 3.5 above byr  30% je noksss...menyesal x sudah aku..byr kpm 4k. Pastu smbg degree,smpt amik ptptn 7k sblm dpt biasiswa JPA. Mula aku buat bodo x byr..jd 10k u..last² buat personal loan,byr ptptn, ptg gaji bulan². Adik aku untung..pointer 3.88, xyh byr ptptn.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2025 04:44 AM | Show all posts
elnor_81 replied at 3-3-2025 12:27 AM
Aku dulu mula amik sijil poli.dpt 2 pinjaman. Kpm dgn yayasan pahang.iols tolak yayasan,amik kpm s ...

adik u same same dgn aiii...lega hidup tanpa utang
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2025 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Tq ptotn sebab bantu dulu. Pak iouls meninggal sudah, mak pulak x kerja. Duit simpanan x cukup nak tanggung keperluan uni. Dengan duit pendahuluan ptptn tu la iouls  dapat bertahan di uni. Nasib baik halfway dapat scholarship. Jadi x banyak sangat la hutang ptptn tu. Start kerja terus bayar. Mula2 tu bayar RM50 je, lepas tu naik la sikit2. Dapat bonus bayar la lebih. Tahun ke 5 kerja terus bayar lump-sum guna KWSP. Tapi iouls bengang dengan akak jaga kaunter KWSP tu. Boleh pulak masa i hand over dokumen dia perli2 "baru kerja dah nak bayar guna kwsp. Banyak sangat ke simpanan? ". Kurang asam betul. Padahal lebih dari cukup duit tu. Lepas dia tengok baki simpanan dia tanya macam mana boleh dapat kerja cepat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 09:47 AM GMT+8 , Processed in 0.055092 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list