CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 14456|Reply: 33

Netizen Sayu Zarina Zainuddin Sediakan Makanan Jepun Untuk Anak Ridzuan Ridzokumura

[Copy link]
Post time 2-3-2025 10:14 AM | Show all posts |Read mode

PERTAMA kali berpuasa tanpa ibu, usaha pelakon Zarina Zainuddin menyediakan hidangan Jepun buat anak usahawan dan pempengaruh Ridzuan Ridzokumura dipuji netizen.

Zarina, 55, dilihat berusaha menyediakan juadah sama seperti sering dilakukan Allahyarham Akiko Okumura untuk anak lelakinya iaitu Sky Taizo Okumura.

"Sedih tengok menu itu sebab mesti Sky teringat menu-menu dimasak ibunya.

"Kak Ina (panggilan Zarina) punya usaha saji makanan untuk Sky lagi buat air mata mencucur laju menangis di pagi Ramadan," tulis netizen.

Masih dalam keadaan terkejut, Ridzuan atau Abd Ridzuan Abdul Mutalib, 50, dan Sky turut menginap di rumah Zarina yang juga merupakan anak saudaranya menyambut hari pertama Ramadan.

"Selamat bersahur, hari ini (Ahad) saya dan Sky tidur di rumah kakak sepupu Sky, Zarina," katany

Ridzuan berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada pagi Ahad.

  


Dalam perkongsian tersebut, usahawan berkenaan turut memuat naik video memaparkan dia sedang mengejutkan anaknya untuk bersahur.

Sebelum itu, menerusi hantaran lain di Instagram Ridzuan memohon doa agar dia dan anaknya diberi kekuatan untuk menghadapi ujian ini.

"Ya Allah berikan aku dan anak aku kekuatan," ujarnya.

Pada Jumaat, Ridzuan memaklumkan isterinya meninggal dunia namun punca kematian tidak didedahkan.

Jenazah Akiko selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22 di Subang Jaya, Selangor pada Sabtu.

Untuk rekod, Ridzuan mendirikan rumah tangga dengan Akiko yang juga merupakan wanita asal Jepun pada Februari 2009.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Sky Taizo Okumura yang kini berusia 13 tahun.


Sumber: mStar


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2025 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Rumah AcikAmazong takde guest room kah? Or at the very least portable mattress? Pelik.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2025 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Positive side is this boy is surrounded with love. Walaupun love type IQ 2 digit asek la rekod budak ni pehtu post video dia merata di socmed.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2025 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 2-3-2025 04:06 AM

Baru tengok video.

Kau dah kenapa bagi budak tu sahur dengan sushi? Baik ko masak egg drop sup atau buat sup natto je pehtu buat telur dadar stail Jepon tu, makan dengan nasik panas. Pehtu tumis la sayur hijau sket, tumis bodo dengan minyak bijan, bawang putih dengan garam je kalau nak Jepon sangat. Lahai nak konten sangat buat makanan Jepon untuk Sky konon tapi dibaginya sushi sejuk. Done kecam hari 1st of Ramdhan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2025 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Acik2kepam at 2-3-2025 01:30 PM

Zz lagi tua drpd pakcik dia
Nampak kecik halus plak acik zz yaa
Mcm2 plak menus sahur nk kena disediakan yaa nasi kena masak juga
Makanan jepun lagi
Pastu anak dia azal sahur makan pizza

Perlahan2 la ye Sky tu nak tanak kena gak biasakan diri mkn mknn mcm org melayu

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2025 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 2-3-2025 12:03 PM
Baru tengok video.

Kau dah kenapa bagi budak tu sahur dengan sushi?  Baik ko masak egg drop sup  ...

Akak anggap dia tanya Sky esok nk sahur mkn apa mungkin budak tu ckp nk sushi

Kalau ada anak cerewet mkn mcm Sky tu akak akan elakkan la menyusahkan tuan umah
akak akan bawak sendiri mknn tuk anak.
tuan umah mungkin tak reti sgt masakan jepun tu kang buat tak sedap budak tu tanak mkn plak.
Nampak mcm mangkuk kecil tu taktau la miso sup ke apa.

Masa mak dia kuar masuk wad tu siapa plak siapkan mknn tuk dia?


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-3-2025 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 2-3-2025 05:47 AM
Acik2kepam replied at 2-3-2025 05:37 AM
Akak anggap dia tanya Sky esok nk sahur mkn apa mungkin budak tu ckp nk sushi

Kalau ada anak cere ...


Maybe le kot. Meols ja overreact sebab tokleh imejin sahur pagi buta makan sushi sejuk buat sahur. Dengan nenas segala dia telan tak ke activate asid perut kasik gastrik bagai nanti. Baik ko makan pizza tu ja nak oi.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2025 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua nak record. Rimas budak tu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2025 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 2-3-2025 12:03 PM
Baru tengok video.

Kau dah kenapa bagi budak tu sahur dengan sushi?  Baik ko masak egg drop sup  ...

I husnuzon je ticer maybe tu fav sky
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2025 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak kenal dorang ni tapi memang spesis setiap saat kena pegang phone untuk rekod ke?
Aku yang tengok pun rimas apatah lagi yang direkod
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2025 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Iolss kesian kat Sky gan sushi tu...sushi tu kalo bl pun x kisah..cuma nye presentation la lawa2 skt..ni mcm main letak2 je...makanan Jepun kalo nak yg senang tu,senang je..buat la yg tempura..pakai tepung tempura tu je..ala2 udang goreng tepung,lps tu miso tu blh je bl kat Aeon..cuma kn pastikan halal la..iolss penah terbeli yg x halal...nsb baik sblm bancuh srh suami baca btl2 kotak dia..suami iolss ckp x halal ni..so buang je la...makanan Jepun ni ade yg sgt senang,yg ssh nye presentation je la tuk org yg mcm iolss x pandai presentation mcm mak Sky ni...takat tabur2 rumput tu boleh lagi la...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2025 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Susah la kalau xreti masak mskan jepun x ajar mkan makanan melayu ke.apak die kena belajar msk masakan jepun la pulak
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2025 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Apaknya pun phone melekat..
Bg ruang la utk anak tu sb dia masih dlm fasa terkejut kan..
Apa pun semoga dipermudahkan segala urus segala urusan
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2025 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 2-3-2025 12:03 PM
Baru tengok video.

Kau dah kenapa bagi budak tu sahur dengan sushi?  Baik ko masak egg drop sup  ...

Lek lahhh..baik gini apa ada aja..buat apa beria semua org dlm kesedihan lg..aku kdg x suka zz tp so far natural lah bila dh reramai..dia dh buat mana mampooo kot.rasanya apak bdk tu pun mngkn kata xkisah apa ada..sushi pun ok sky mkn.tersakiti sgt.lek2 r
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2025 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelik r kowang..semua kepenatan kan umah ramai org..buat ajalah mana mampooo..apa beria nk jamu sky mcm2..durang pun bertenaang aja..aku ada soft spot kt sky dan ridz ni..sky pun mkn aja kalau apak dia beli mknn melayu.dlm sebulan ada aja apak dia beli mknn melayu.selama ni mak dia sediakan.bapa dia layan aja maknya..telan aja apa bini masak walaupun mkn sayo aja
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2025 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 2-3-2025 12:03 PM
Baru tengok video.

Kau dah kenapa bagi budak tu sahur dengan sushi?  Baik ko masak egg drop sup  ...

Dah itu ajer yg senang..bila masa lah dia nak belajar masak natto bagai dgn anak2 dia sendiri pun cerewet makan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2025 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 2-3-2025 12:03 PM
Baru tengok video.

Kau dah kenapa bagi budak tu sahur dengan sushi?  Baik ko masak egg drop sup  ...


Sebab dia tak pandai la sebab tu dia hidang sushi. Rumah dia bukan makanan ruji makanan jepun pun. Agaknya stock nato pun takde kat rumah dia. At least dia prihatin sediakan makanan jepun anak dia pun makan tak berhidang macam tu gaya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2025 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
jejarihalus replied at 2-3-2025 10:16 AM
Dah itu ajer yg senang..bila masa lah dia nak belajar masak natto bagai dgn anak2 dia sendiri pun  ...


Natto tu taucu. Belambak ready made. Masak sup terjun ja dengan tauhu letak kiub ayam megi dah jadik. Sebab tu aku suggest sup natto yang jauh lagik mudah nak buat banding sushi. Dia akan jadik macam sup taucu gitu rasanya a bit.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2025 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
arffa replied at 2-3-2025 10:32 AM
Sebab dia tak pandai la sebab tu dia hidang sushi. Rumah dia bukan makanan ruji makanan jepun pun. ...

Ntah la. Chuols pernah tak sahur dengan sushi tengok tahan ka sampai masa berbuka?
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2025 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
MisXoXo replied at 2-3-2025 10:11 AM
Lek lahhh..baik gini apa ada aja..buat apa beria semua org dlm kesedihan lg..aku kdg x suka zz tp  ...

I don't think sushi is good for perut to be eaten for sahur.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 09:01 AM GMT+8 , Processed in 0.049318 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list