View: 26221|Reply: 1
|
[Dunia]
Geram Jalan Berlubang, Lelaki Letak Kaki Palsu Terbalik
[Copy link]
|
|
Cambridgeshire: Geram dengan keadaan jalan yang teruk di kawasan tempat tinggalnya, seorang penduduk kampung di Britain mengambil tindakan lucu untuk menarik perhatian pihak berkuasa.
Dia meletakkan sepasang kaki palsu di dalam air yang bertakung dalam lubang besar bagi menonjolkan saiznya dan kerosakan jalan tersebut.
Lubang besar di Haverhill Road di kampung Castle Camps, Cambridgeshire, berhampiran sempadan Suffolk, adalah salah satu daripada beberapa lubang yang terbentuk di kawasan itu, menurut laporan BBC.
James Coxall, seorang tukang kayu berusia 41 tahun, memberitahu media bahawa lubang itu sudah ada selama lapan bulan.
Walaupun jalan itu tidak begitu sibuk, dia menjelaskan bahawa jika terdapat kenderaan yang datang dari arah bertentangan, pemandu perlu sama ada berhenti atau melanggar lubang tersebut.
Sebagai tindak balas, Majlis Daerah Cambridgeshire menyatakan bahawa salah seorang pegawai lebuh rayanya akan memeriksa jalan dan menjalankan pembaikan yang diperlukan.
Terdahulu, berasa kecewa dengan isu yang berlarutan, Coxall dan keluarganya memilih pendekatan yang lebih santai.
Pada hari Ahad, mereka mengubah pakaian lama dan kain buruk menjadi sepasang kaki yang lengkap dengan seluar jeans dan kasut berwarna-warni.
"Kasut itu sebenarnya hendak didermakan, jadi kami fikir, apa salahnya beri mereka 'pengalaman' terlebih dahulu," Coxall bergurau.
Mereka memasukkan kain buruk ke dalam seluar jeans, mengukuhkannya dengan kayu untuk kestabilan, dan meletakkan figura itu dalam keadaan terbalik di dalam lubang tersebut, serta menahannya dengan batu bata.
Coxall kemudian berkongsi gambar ciptaannya dalam kumpulan Facebook Odd Things Around Cambridge serta halaman komuniti Haverhill tempatan.
"Ia hanya sekadar gurauan, dan saya menerima banyak mesej mengenainya," katanya. "Penduduk di sini nampaknya terhibur, tetapi saya memang dikenali sebagai seorang yang suka berjenaka," katanya.
Sementara itu, majlis daerah menggalakkan penduduk untuk melaporkan jalan berlubang secara dalam talian.
Sumber: Harian Metro
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Cantik lagi kasut tu dah nak didermakan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|