CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6695|Reply: 33

Era Dan Penyampai 3 Pagi Mohon Maaf Atas Tarian Yang Didakwa Persenda Agama Lain

[Copy link]
Post time 4-3-2025 01:05 PM | Show all posts |Read mode
Edited by tatod at 4-3-2025 01:13 PM



STESEN radio Era tampil membuat permohonan maaf selepas tular video menyaksikan penyampainya menari seolah-olah mempersendakan agama Hindu.
Dalam satu kenyataan, pihaknya juga berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama selain lebih peka dalam memuat naik sebarang kandungan di media sosial.

"Kami dengan penuh rasa rendah diri memohon maaf atas kandungan kami baru-baru ini yang telah menyentuh sensitiviti ramai pihak khususnya rakan-rakan kami yang berbangsa India.

"Selepas ini kami akan pastikan insiden yang sama tidak akan berulang dan kami kekal sentiasa peka dengan perkara yang berlaku di sekeliling," jelas kenyataan berkenaan.

Permohonan maaf itu dibuat secara terbuka dan dimuat naik di semua sosial media rasmi stesen berkenaan.


Isu ini timbul selepas salah seorang penyampai segmen 3 Pagi Era iaitu Azad Jazmin dilihat sakan meniru satu aksi tarian berkaitan keagamaan.

Ia menjadi perkara yang kurang disenangi kerana dianggap mempersendakan agama Hindu apabila turut disambut dengan sorakan rakan-rakan lain.
Perkara tersebut menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi terutama dalam kalangan masyarakat berbangsa India di Malaysia.

Sementara itu, tiga orang barisan penyanyi iaitu Nabil Ahmad, Radin dan Azad sendiri juga tampil mengakui kesilapan mereka.



Selain memohon maaf, mereka juga terbuka untuk menerima sebarang kritikan dan pandangan orang ramai.

"Kami juga sentiasa terbuka untuk menerima segala komen dan kritikan untuk memperbaiki diri kami terutama daripada pendengar setia," luah Azad.


Sumber: mStar




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2025 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
cabaran bulan ramadan…..lain kali hire lah politician jadik dj….
anywa era ni makin dull ye…
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2025 01:38 PM | Show all posts
dulu dj yg hina ayah watson nyambek pun kena dakwa di mahkamah

harap persatuan2 hindu saman je dj2 tak guna akal ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2025 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
tp tutup komen..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2025 02:02 PM | Show all posts
gitulah kalo org takde ilmu..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2025 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang makin tak best ERA sekarang. Banyak cakap, dj buat lawak bodoh tapi tak lawak dan gelak sendiri, banyak iklan. Lagu pun ulang2 lagu sama. Terpaling radio nombor 1 tapi HOT FM yang nombor 1.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-3-2025 02:08 PM | Show all posts
Mcm2 hal la skrg ni
Dgn perangai sekor2.. dan semua nk jahit hp rakam
Semua angkara hp! Cuba la korg diam2 xpakai hp
Kannnn???!!!!!

Yg inpluencer acah hilang di indoensia lah
Inplunecer parodi artis lah
Yg DJ/retis lah (PDHAL DJ NI PATUTNYA DGR SUARA JE KAN!ko menari ke tungin terbalik dlm konti sapa pun xnmpk! tp tu la semua kontent)


Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2025 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa yg lawak sgt ntah...fhm la nak buat content lawak tu bukan sng...tapi dah cr mkn kot situ kan....terpaksalah badutkan diri tu lol...buat slh ja minta maaf.....Ibarat mcm budak bru bljar #pikiaqlasendiri #selamatberpuasa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2025 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila semua nk benda nak jadi bahan lawak.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2025 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Wlaupun i x setuju diorg record n ajuk2 tarian tu, iols rs makin naik la tocang puak2 lg 1 tu. Chef wan komen baju aishwarya rai pun sentap kemahen smpai kena mintak maap, kes ni pulak. Somehow kes kk mart kes MP rayer mcm xde apa sgat xde pun beriya minta maaf
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2025 02:14 PM | Show all posts
itular, bodoe tak boleh ajar

kalau kena dekat agama islam, mau enampuluhempatribu laporan polis buat

belum kira nak berarak lagi, 20 bas bawak makcik marhaban nak gi berarak depan sogo
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2025 02:20 PM | Show all posts
bagi meolss senang je, kita semua takpayah hype kan isu ni..dia dah minta maaf, astro pun dah siasat wataverr pape je lah..case closed..kita move on sajorr...tak payah nak jadikan isu berlama lama mana sebab nanti lagi seronok netizen  prorasis mencurah2 minyak..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2025 02:22 PM | Show all posts
Edited by cmf_anisss84 at 4-3-2025 02:51 PM
Orix replied at 4-3-2025 02:14 PM
Wlaupun i x setuju diorg record n ajuk2 tarian tu, iols rs makin naik la tocang puak2 lg 1 tu. Chef  ...

aniss setuju...lagi satu mungkin ada isu yg di citerkan tertiba nk buat joke mcm tu...pastu ada yg merakam..dah jd isu...neks time klu nk bergurau pun tgk lah tmpat...semoga jadi pengajaran buat kita semua
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2025 02:54 PM | Show all posts
orang takde ilmu jadi DJ radio camtu la...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2025 02:59 PM | Show all posts
cmf_anisss84 replied at 4-3-2025 02:22 PM
aniss setuju...lagi satu mungkin ada isu yg di citerkan tertiba nk buat joke mcm tu...pastu ada yg  ...

yg duk menari sambil gelak2 tu satu hal, yg pegi upload tu lagi double triple bangang....
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2025 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 4-3-2025 02:14 PM
Wlaupun i x setuju diorg record n ajuk2 tarian tu, iols rs makin naik la tocang puak2 lg 1 tu. Chef  ...

Agreed! Orang dah minta maaf tak perlu perbesarkan. Ni siap kena gantung tugas bagai.
Kes harith iskandar apa perkembangan eh.
Macam diam je ,takde update .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2025 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Hurm je laaaa...
Ni bahana kalau semua nak dipertontonkan
Sebenarmya faham ke idok maksud radio?
Skg semua sence dj nak rakam masuk dlm channel.. Dah camtu bknradio dah.. Cakap je acah2 wawancara ke apa ke
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2025 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
apa apa pun tarnish lah 3 org tu punya achievement….siapa sahaja nk jadikkan mereka dj
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2025 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Terus kena buang lagi baik
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2025 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku ada tgk video ni sekilas lalu bkn dia menari lagu si miki muaythai tu ke? Ada unsur psenda agama ke?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 05:51 PM GMT+8 , Processed in 1.225916 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list