CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9839|Reply: 51

[Jenayah] "Hanya B40 Aniaya B40" - Bazar Ramadan T20 Bangsar 3 Kali Lebih Murah Dari Pantai Dalam!

[Copy link]
Post time 5-3-2025 07:49 AM | Show all posts |Read mode


Baru sahaja 2 hari menjalani bulan Ramadan, sudah timbul sejumlah keluhan dari kalangan pelanggan yang tidak berpuas hati dengan juadah yang dibeli kerana tidak sepadan dengan harga.

Ada yang dapat roti john rentung, shawarma kosong, nasi tomato yang tidak sedap dan banyak lagi sekaligus membuatkan ramai sedikit skeptikal untuk cuba membeli juadah di bazar ramadan lagi.

Bagaimanapun, di Threads, seorang netizen mendakwa dirinya telah membongkar rahsia di manakah lokasi yang menawarkan juadah berbuka puasa yang berbaloi.

Dakwanya, Bazar Ramadan di lokasi golongan orang kaya atau lebih sinonim dengan gelaran T20  menawarkan juadah dengan harga tiga kali ganda lebih rendah dengan kualiti yang bagus berbanding di lokasi orang kebanyakan.

“Tahukah korang Bazar Ramadan di Bangsar kawasan orang kaya, 3x lebih murah, berkualiti, lebih kuantiti berbanding dari Bazar Ramadan B40 pantai dalam?,” kongsinya.

Malah, dia berpendapat Bazar Ramadan B40 adalah jauh lebih mahal sekaligus menyimpulkan yang orang berpendapatan rendah ini sendiri yang menganaiya orang susah lain.

Perkongsian netizen ini langsung meraih perhatian ramai dan meluahkan rasa teringin untuk datang kerana mahu lihat sendiri sama ada ia memang benar atau sebaliknya.

Dalam pada itu, seorang netizen lain turut seakan mengiyakan perkara itu kerana pernah diberitahu oleh seorang kawan lain yang mana telah membeli nasi ayam di Bazar Ramadan T20 di Shah Alam dengan harga RM13 tetapi cukup berpuas hati kerana setara dengan kualiti dan tahap penyampaian yang ditonjolkan menerusinya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-3-2025 04:24 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2025 07:50 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2025 07:57 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2025 07:57 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2025 08:49 AM | Show all posts
pernah g bazaar bangsar tu...cam tak best jer jualan2 dia

pantai dalam ada banyak pilihan lagi, tapi kena pandai pilih la..harga memang sedia tahu mahal..

tapi kat bazaar pantai dalam ni la aku kena scam beli samosa, bila balik makan inti dia ciput besar kuku, kat hujung2 sudut samosa tu...harga RM1.20, RM1.50 lebih kurang kot sebiji
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-3-2025 09:42 AM | Show all posts
Pernah pergi sekali dua zaman single mingle.  leceh nak parking, dah parking leceh nak keluar.  Tu je nak cakap sebab tak ingat beli apa dan berapa RM.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2025 09:53 AM | Show all posts
Pernah menyewa kat sini masa mula2 posting kat KL. Masa tu ada unit for sale tapi tak berminat pula. Now bila lalu area situ rasa nostalgia menyesal la pulop tak beli. Apa kaitan dengan bazar ramadan? Oh, masa tu aku kantoikan budak peniaga tu tak puasa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2025 09:58 AM | Show all posts
lama sgt dulu pegi bazar ramadan bangsar more than 20yrs ago haha. pantai dalam tu pegi yg skrg tapak kl gateway mall tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2025 10:07 AM | Show all posts
dagusengett replied at 5-3-2025 09:58 AM
lama sgt dulu pegi bazar ramadan bangsar more than 20yrs ago haha. pantai dalam tu pegi yg skrg tapa ...

Yang tapak kl gateway tu kerinchi. Pantai dalam tu bazar dia kat bazar ria(medan selera). 2 kali je pernah pergi.Siksa parking.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2025 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
pegi bazar jalan kuching..ramai peniaga yang masak kat situ fresh2
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2025 10:47 AM | Show all posts
aku pegi bazar bangsar puasa ke 2..beli nasi aym chicken chop sebelah org jual mkanan chinese muslim..nasi dia jelatah teruk..pastu yg masak tu pn lembik giler..mcm masak dlm periuk kecik tp portion byk mcm tu..rm9 yee..sbb aku tgk dia jer jual nasi aym..laki aku plk beli nasi aym kicap berapi tp gerai lain rm8 ade aym + telo mata rs berbaloi lg dr nasi aym tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2025 11:48 AM | Show all posts
bangsar ni  bawah dbkl la kan.dbkl sewa murah dah tak pakai org tgh.harga tu mesti kena menten.aku kat ipoh smlm kena scam..kat depan tulis nasi kandar rm7.50.bila bagi duit dia marked up rm12.50.harap seluruh negara la majlis perbandaran memasing yg buat bazar ramadan ni.giler betul nasi briyani sampai rm25 hengget.baik beli kat restoran jela
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2025 11:57 AM | Show all posts
tak yah pergi bazar pantai dalam, cukup pergi pasar malam pantai dalam.
pasar malam dieorang pun dah murah
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2025 12:07 PM | Show all posts
baru tahu ke dekk...yg hari2 dok menyalak barang mahal-barang mahal tu walaun dgn walauntit je ..walhal zaman gomen tebok atap lah rega barang berganda mahal drpd skrg.dah la telor hilang sokmo
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2025 12:22 PM | Show all posts
elok haramkan Bazar2 Ramadan ni
bulan puasa jadi pesta makan, ko pi mana2 pasar lepas maghrib banyak makanan dibuang kat tong sampai dari bulan lain
pastu
dh MLM jadi malas nk solat tarawih
subuh jemaah nk tunggu aliff satar dtg pun Haram nk pi kt masjid

kalau Bazar diharamkan kan bagus
ko makanla apa yg ada kt umah tu, nasi putih lauk kicap telur goreng sudah

lagi bagus
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2025 12:41 PM | Show all posts
batmana replied at 5-3-2025 12:22 PM
elok haramkan Bazar2 Ramadan ni
bulan puasa jadi pesta makan, ko pi mana2 pasar lepas maghrib banyak ...

Hahahahaha....Tampaknya anda X tahu dan paham modus yang berbeda atau X ama antara 2 kelompok penjual di bazaar ramadhan itu ...

1. Kelompok Penjual T20 ... Motivasi mendapatkan amal pahala ketika ramadhan .bukan semata-mata mencari laba atau profit saja
2. Kelompok Penjual B40 .. Jelas ingin mendapatkan laba atau profit semasa bulan ramadhan untuk memenuhi kebutuhan hidup keluarganya

Bukankah semuanya baik jika kita melihat  kondisi "Real" masing-masing kelompok itu  .tergantung niat anda ketika membeli ..?  
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2025 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
girtuhhhh bazar pun berkasta, ingatkan t20 bolayan masakan jualan di jalanan
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2025 01:38 PM | Show all posts
baru smlm pegi bazar pantai dalam...
beli kerang rebus, dia kira RM 7.. xtau la mcm mana dia dapat figure tu.
tapi ada la dlm semangkuk kecik yg kerangnya ada la dlm 17 bijik.
tapiiiii 3 bijik kerang kosong xde isi, tinggal 14 bjik je.. so sebijik jatuh 50sen! hahaha
petang ni singgah aku pangkah terus kedai tu hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2025 02:50 PM | Show all posts
batmana replied at 5-3-2025 12:22 PM
elok haramkan Bazar2 Ramadan ni
bulan puasa jadi pesta makan, ko pi mana2 pasar lepas maghrib banyak ...

Setuju. Cukup je dengan kedai biasa yang jual makanan tu. Tak perlu bazar ramadhan, param semua ni. Membazir, lagi2 kalo juadah dijual tu tak sedap. Menambah kesesakan pun ia juga.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:26 PM GMT+8 , Processed in 0.088383 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list