View: 13329|Reply: 11
|
[Dunia]
Remaja 13 tahun dilantik ejen Perkhidmatan Rahsia AS
[Copy link]
|
|
WASHINGTON: Presiden Donald Trump menganugerahkan penghormatan istimewa kepada seorang remaja 13 tahun dan melantiknya sebagai ejen Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat (USSS).
Pelantikan Devarjaya ‘DJ’ Daniel, menjadikannya individu termuda yang pernah memegang gelaran itu, lapor The Times of India.
Pengumuman itu dibuat semasa ucapan Trump di Kongres kelmarin, di mana beliau mengarahkan Pengarah Perkhidmatan Rahsia, Sean Curran, untuk secara rasmi melantik Daniel dalam kapasiti kehormat.
Daniel disahkan menghidap kanser otak pada 2018 dan diberi jangka hayat hanya lima bulan.
Mengatasi jangkaan doktor, remaja tersebut menghabiskan enam tahun terakhir melawat agensi penguatkuasaan undang-undang di seluruh negara, menerima pengiktirafan kehormat daripada beberapa jabatan polis yang menerimanya sebagai sebahagian daripada mereka.
Impian sepanjang hayatnya adalah untuk berkhidmat dalam pasukan keselamatan, satu hasrat yang akhirnya dipenuhi oleh Trump di hadapan seluruh negara.
Curran menyerahkan lencana kepada Daniel ketika dewan dipenuhi dengan tepukan gemuruh.
“Anak muda ini sungguh teruja berada di sini,” kata Trump ketika ahli Parlimen dan hadirin memberikan tepukan berdiri.
Trump turut mengumumkan bahawa Daniel akan mengangkat sumpah di hadapan pengarah baharu Perkhidmatan Rahsia, secara rasmi mengesahkan peranannya dalam kapasiti kehormat.
Presiden AS itu juga memberi penghormatan kepada seorang lagi pelajar sekolah menengah, Jason Hartley, dengan mengesahkan penerimaannya ke Akademik Ketenteraan AS di West Point.
Sumber: Utusan
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kalau rahsia cana boleh ada sini. pebende |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ^CUN_GILA~. at 7-3-2025 06:14 PM
Make-A-Wish kan ada? Bagi je la budak tu unifom & pistol mainan. Musibat tua ni bila la nak mampos? |
|
|
|
|
|
|
|
Rahsia? Budak tu p sekolah x? |
|
|
|
|
|
|
|
Cume populis aja
Cm sorg tu esok menang.minyak turun
Camtu ajela |
|
|
|
|
|
|
|
Anugerah kehormat jer... tak lebih dari itu. |
|
|
|
|
|
|
|
tak semestinya field task kemunginan digital expert..aka hacker. |
|
|
|
|
|
|
|
tak semestinya field task kemunginan digital expert..aka hacker. |
|
|
|
|
|
|
| |
|