“Banyak perubahan saya nak lakukan dalam hidup sebelum masuk 40 tahun, tahun ini paling kritikal bagi saya. Jadi, banyak benda kena ‘cut down’ (buang). Itu janji pada diri sendiri.
“Saya tak mahu orang cakap usia sudah 40 tahun tapi perangai tak berubah juga. Saya tak mahu jadi benda itu,” katanya kepada mStar.
Dalam masa sama, Zul juga memaklumkan yang sehingga hari ini dia masih belum mempunyai sebarang jawapan tepat berkenaan bila bakal menamatkan zaman bujangnya.
“Alhamdulillah ramai juga rakan seperjuangan sudah berkahwin, saya tumpang gembira. Sebenarnya saya juga tak mahu beri jawapan yang boleh menggores hati mana-mana pihak.
“Kalau pihak media tanya pun (tentang kahwin), orang cakap saya ‘sembang’ tapi memang masih tiada jawapan yang tepat sehingga hari ini,” ujarnya.
Sumber: mStar