View: 27642|Reply: 7
|
Zarina Zainuddin dikecam jadikan anak Ridzokumura content
[Copy link]
|
|
Tiada niat mengambil kesempatan di atas kedukaan orang lain, pelakon Zarina Zainuddin menjelaskan dia berkongsi tentang anak usahawan Ridzuan Ridzokumura kerana sedar ramai simpati dan bimbangkan keadaan remaja tersebut.
Zarina, 55, berkata, dia juga sangat berhati-hati sebelum memuat naik hantaran melibatkan Sky Taizo Okumura di media sosial.
Jelasnya, dia tidak merakam keseluruhan aktiviti seharian Sky sebaliknya hanya saat seperti waktu berbuka, sahur dan solat bersama untuk tatapan umum.
“Bukannya saya mengambil kesempatan dengan membuat video siaran langsung selama 24 jam sehari.
“Tak semua benda saya rakam sebaliknya hanya post benda-benda baik. Itu pun saya hanya kongsi di Instastory sahaja.
“Kalau ada yang mengutuk, saya hanya bersyukur… Di bulan Ramadan ini sepatutnya mencari pahala bukan dosa,” katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.
Berkongsi mengenai keadaan terkini Sky, Zarina menyifatkan remaja 13 tahun itu seorang yang tabah dalam menghadapi ujian kehilangan seorang ibu pada usia muda.
Sky juga kata Zarina sedang cuba memproses dan menyesuaikan diri dengan kehidupan baharunya walaupun masih belum ada kekuatan pulang ke rumah mereka.
“Alhamdulillah Sky seorang anak yang baik dan tabah orangnya dalam berdepan dugaan.
“Sepanjang berada di rumah saya, kami solat sama-sama dan dia sentiasa mendoakan buat arwah ibunya,” jelasnya.
Menurut Zarina, Sky juga tidak memilih makanan walaupun tahu dia sangat merindui masakan air tangan ibunya.
“Dia tidak memilih soal makanan cuma biasalah dia rindu masakan arwah ibunya.
“Alhamdulillah setakat ini apa saya masak semua dia makan," ujarnya.
Pada 28 Februari lalu, Ridzuan atau Abd Ridzuan Abdul Mutalib, 50, memaklumkan isterinya meninggal dunia namun tidak menyatakan punca kematiannya.
Bagaimanapun Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan pada Selasa mengesahkan wanita warga Jepun yang maut terjatuh di sebuah kondominium merupakan isteri kepada usahawan berkenaan.
Jenazah wanita berusia 50-an itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22 di Subang Jaya pada pagi Sabtu lalu.
Untuk rekod, Ridzuan mendirikan rumah tangga dengan Akiko atau nama Islamnya Aishah Abdullah pada Februari 2009 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
suma pun asek la nak menunggang.. sabar la sky..cepatlah kamu membesar.. |
|
|
|
|
|
|
|
sometimes harap family akiko datang dan ambil sky.
bagi la sky tu bertenang, berak kencing je tak kene rakam, serius kesian sangat |
|
|
|
|
|
|
|
Anak sendiri pon sanggup dia rakam apetah lagi anak org lain |
|
|
|
|
|
|
|
makcik ni pon.. tak cukup rakam ank2 sndiri bercerita mengeras awal pagi, ank org yg tgh berduka pon nak rakam gak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Acik amazon ni batak views |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa x syg anak....aku tgk pakcik filter usap kepala anak..mmg aku senyum tgk....keluarga ni penyayang...aku kalau bab2 anak ni mmg sensitif giler....siapa la yg x syg anak kan....Best peluk cium anak...x kirala anak2 umur berapa, kecik ke..besar ke...
Tp family ni giler merakam kehidupan sendiri untuk tontonan manusia lain...yuck... |
|
|
|
|
|
|
|
Apegilerrrrr 'kalau ada yg mengutuk, sy hanya bersyukur'
Wujud ea org cmni syukur sbb kena kutuk

|
|
|
|
|
|
|
| |
|