View: 16257|Reply: 12
|
[Dunia]
Budak Perempuan AS diculik 25 tahun lalu ditemukan di Mexico
[Copy link]
|
|
Mexico City: Selepas 25 tahun kejadian seorang bayi perempuan diculik di Connecticut, Amerika Syarikat (AS), akhirnya dia ditemukan masih hidup di Mexico.
Mengikut hasil penyiasatan, Andrea Michelle Reyes berusia dua tahun ketika dilarikan oleh ibunya, Rosa Tenorio, pada Oktober 1999, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Polis New Haven.
The Guardian melaporkan, Tenorio tidak memiliki hak penjagaan sah ke atas Reyes yang pada waktu itu berada di bawah jagaan bapanya, kata pihak polis.
Polis New Haven dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) AS sudah mengeluarkan waran tangkap jenayah terhadap Tenorio yang disyaki melarikan diri bersama anaknya ke Mexico, menurut pihak polis.
Sebelum ini, bapa Andrea beberapa kali pergi ke Mexico, namun gagal menghubungi dua beranak itu.
Kes orang hilang itu terhenti sehinggalah pada 2023, apabila seorang detektif polis memulakan semula siasatan mengenai penculikan Andrea.
"Dengan menggunakan kaedah semak silang gabungan temu bual, waran penggeledahan dan media sosial, detektif Kealyn Nivakoff mengesahkan bahawa Reyes tinggal di bandar Puebla, Mexico – yang mempunyai lebih satu juta penduduk – selepas diculik oleh Tenorio," kata pihak polis.
Ujian padanan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mengesahkan hubungan antara Reyes dan bapanya, yang akhirnya dapat bersatu semula selepas lebih dua dekad.
"Sepanjang tahun-tahun itu, bapa Andrea tidak putus asa mencari, tetapi tidak pernah mendengar khabar daripada anak perempuannya atau si ibu," kata syarikat ujian DNA, Othram, yang terbabit dalam kes ini, dalam kenyataan akhbar.
Reyes, yang kini berusia 27 tahun, adalah penduduk Mexico, kata Othram. Waran tangkap untuk Tenorio masih sah dan aktif di AS, menurut pihak polis, yang turut menambah bahawa mereka percaya suspek penculikan itu masih berada di Mexico.
Sumber: Harian Metro
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Cheitt! Kena culik sama ibu sendiri. Ingatkan sindiket ke kartel dadah ke... |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm kes ank raja B dr OZ dulu. Onak berduri naik bot bagai . Tp syukolah akidah anak semua terpelihara. Kini anak elok je get in touch dgn omaknya di OZ , sesekala pi visit. Even anak laki tu tak sehat aritu pon omak jaga di OZ.
Gitu i tekenang kesah zmn 90an |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat movie Michelle Pfeiffer hilang anak umur 1 tahun. Nine years later punyalah happy jumpa balik tapi budak tu who are yous kan dia. Malam2 kemas beg lari balik rumah penculik. |
|
|
|
|
|
|
|
babynina30 replied at 10-3-2025 06:23 AM
Mcm kes ank raja B dr OZ dulu. Onak berduri naik bot bagai . Tp syukolah akidah anak semua terpeliha ...
Ada warrant tangkap tak terhadap beliau?
|
|
|
|
|
|
|
|
lahh dah mak nya yang culik, ak heran laa kalau anak tu masih hidup. bknnya yg culik tu org jahat jual organ |
|
|
|
|
|
|
|
lahh dah mak nya yang culik, tak heran laa kalau anak tu masih hidup. bknnya yg culik tu org jahat jual organ |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 10-3-2025 07:14 AM
Teringat movie Michelle Pfeiffer hilang anak umur 1 tahun. Nine years later punyalah happy jumpa bal ...
suka gak cite ni. org yg culik pun dah mati. tinggal husband je yg tak tau apa2 sebab masa kawen dgn pompuan tu mmg anak tu dah ada. tp akhirnya anak dia belajar nak kenal family tu kan. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya pun dah tengok movie ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ler dah maknya sendiri yg culik apa yg peliknya... |
|
|
|
|
|
|
|
most memorable scene - budak tu panggil 'dad', dua2 bapak menjawab 
dan budak tu pun kemain bekap pompuan gila yang culik dia tu, dah namanya 'mak' kot. sian Michelle 
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa tajuk filem Michel faifer tu cuolls ? |
|
|
|
|
|
|
| |
|