View: 17495|Reply: 1
|
Cara Simpan Kentang Dan Bawang Yang Tak Ramai Tahu, Tak Boleh Duduk Dekat-Dekat!
[Copy link]
|
|
Tiba-tiba saja kentang dan bawang mula membusuk, pastinya terasa aneh dengan perkara ini. Sebenarnya, anda perlu tahu tentang cara simpan kentang dan bawang dengan betul.
Kentang dan bawang merupakan sayur yang kerap digunakan untuk memasak. Senang cerita, ia merupakan bahan masakan paling penting dan wajib ada di dapur.
Jika masih menyimpan kentang dan bawang di dalam satu tempat, sekarang sudah sampai masanya untuk anda hentikan kerana kedua-dua sayur ini tak serasi sama sekali.
Apabila kentang dan bawang disimpan di dalam tempat yang sama, tak lama kemudian kedua-duanya pasti akan mula cepat rosak. Jadi, ini sebabnya yang perlu anda tahu.
SEBAB KENTANG DAN BAWANG TAK BOLEH DISIMPAN DALAM SATU TEMPAT
1. Bawang mengeluarkan gas etilena yang boleh membuatkan kentang cepat bertunas.
2. Kentang cepat ‘berpeluh’ yang boleh membuatkan bawang jadi cepat lembik dan busuk.
3. Apabila kentang dan bawang duduk bersama, kedua-duanya akan cepat rosak dan tak tahan lama.
Bagi mengelakkan drama di dapur ini berlaku lagi, anda boleh gunakan cara simpan kentang dan bawang yang kami kongsikan di bawah ini.
CARA SIMPAN KENTANG DAN BAWANG DENGAN BETUL
1. Simpan kentang dalam tempat sejuk dan gelap (bukan peti ais).
2. Letak bawang di tempat kering dan berangin.
3. Jangan campurkan sayur yang keluarkan gas etilena dengan sayur yang sensitif.
Gunakan cara simpan kentang dan bawang ini supaya kedua-duanya tak cepat rosak. Dengan cara ini, anda lebih puas hati kerana dapat menyimpan kentang dan bawang dengan lebih lama di dapur.
Semoga bermanfaat!
Sumber: MyResipi
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Eh kreatif pulak cara simpan bawang tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|