View: 1813|Reply: 0
|
Fury kembali bertarung?
[Copy link]
|
|
London: Bekas juara tinju heavyweight dunia, Tyson Fury memberi bayangan akan kembali ke gelanggang, hanya kurang dua bulan selepas mengumumkan persaraannya.
The Gypsy King mengejutkan peminat di seluruh dunia pada Januari dengan menggantung sarung tangan tinjunya untuk kali kelima.
Persaraan terbaru Fury berlaku selepas kekalahan berturut-turut kepada Oleksandr Usyk dan seolah-olah muktamad selepas tewas di tangan petinju senegara dari Britain, Anthony Joshua.
Namun, dia memberi bayangan akan kembali ke gelanggang menerusi promoternya Queensberry Promotions.
Semalam, halaman rasmi X Queensberry memuat naik video Fury yang berjalan masuk ke padang di Old Trafford sambil memakai bendera England berserta kapsyen tertera "Kembalinya The Gypsy King?"
Peminat tinju pantas memberi komen, dengan seorang bertanya: "AJ?" manakala seorang lagi berpendapat, "Lebih baiklah jika ia pertarungan dengan AJ, jika tidak, saya tidak berminat."
Seorang lagi berkata: "Bayangkan jika ia Jake Paul?"Ada yang turut menyuarakan: "Apa semua ini?"
Namun, beberapa peminat percaya video itu ada kaitan dengan penampilan Fury di Soccer Aid 2025 yang dijangka berlangsung di Old Trafford pada Jun.

Sumber: Harian Metro
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|