View: 10265|Reply: 0
|
Sweden, Iceland antara negara terbaik buat wanita berhasrat kerja di luar negara
[Copy link]
|
|
SEBAGAI penghormatan terhadap Hari Wanita Antarabangsa, The Economist mengeluarkan indeks siling kaca tahunannya yang menganalisis keadaan kerja bagi wanita di 29 negara yang tergolong dalam Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).
Negara-negara ini dinilai berdasarkan sepuluh kriteria berikut:
1. Tahap pendidikan tinggi
2. Jumlah wanita yang mengambil peperiksaan GMAT (Ujian Kemasukan Pengurusan Siswazah)
3. Kadar penyertaan wanita dalam tenaga kerja
4. Jurang gaji antara lelaki dan wanita
5. Peratusan wanita dalam jawatan pengurusan
6. Peratusan wanita dalam lembaga pengarah syarikat
7. Penyertaan wanita dalam kerajaan
8. Kos bersih penjagaan kanak-kanak
9. Cuti bergaji untuk ibu
10. Cuti bergaji untuk bapa
Berdasarkan pendedahan dibuat oleh The Economist yang dipetik CNBC, beberapa negara Nordik mendapat kedudukan tinggi dalam indeks siling kaca termasuk Finland, Denmark, Norway, Sweden dan Iceland terus memberi keutamaan kepada pendidikan tinggi untuk wanita, peluang pekerjaan, kenaikan pangkat serta manfaat cuti ibu bapa dan jadual kerja yang fleksibel..
Oleh itu, jom kita lihat tiga negara terbaik buat wanita yang bercita-cita untuk kerja di luar negara.
1. Sweden
Sweden kini menduduki tangga teratas sebagai negara terbaik untuk wanita bekerja, menamatkan dominasi dua tahun Iceland. Jurang gaji antara jantina di Sweden adalah 7.3 peratus, lebih rendah daripada purata OECD (11.4 peratus).
Kadar wanita bekerja meningkat kepada lebih 82 peratus, dengan 43.7 peratus jawatan pengurusan dan 37.7 peratus kerusi lembaga pengarah dipegang oleh wanita.
Dalam politik, wanita memegang 46.7 peratus kerusi kerajaan, jauh lebih tinggi daripada purata OECD. Sweden juga mengekalkan kedudukan dalam 10 teratas dalam laporan jurang jantina sejak 2006.
Pada 2023, purata gaji bulanan wanita adalah 90 peratus daripada lelaki. Selain itu, Sweden merupakan negara pertama yang menggantikan cuti bersalin dengan cuti bagi kedua-dua ibu bapa.
2. Iceland
Sweden mengatasi Iceland sebagai negara terbaik untuk wanita bekerja, tetapi kedua-duanya masih unggul dalam kesaksamaan jantina.
Kejatuhan Iceland ke tempat kedua disebabkan penurunan wanita dalam jawatan pengurusan. Namun, Iceland tetap terkenal sebagai negara feminis dengan jurang gender yang kecil.
Salah satu faktor yang menyebabkan Iceland jatuh ke tempat kedua ialah peratusan wanita dalam jawatan pengurusan, yang menurun daripada 39.6 peratus kepada 36.8 peratus.
3. Finland
Menurut MSN, Finland adalah salah satu negara yang banyak melabur dalam menyokong wanita dalam kerjaya mereka.
Dengan akses mudah kepada penjagaan kanak-kanak dan dasar kerja yang fleksibel, wanita di Finland dapat mengimbangi kerjaya dan keluarga tanpa tekanan.
Syarikat di Finland juga mengamalkan waktu kerja yang fleksibel, membolehkan pekerja menyesuaikan jadual mengikut keperluan peribadi mereka.
Semua ini dilakukan tanpa menjejaskan produktiviti atau komitmen terhadap kerja. — Agensi
Sumber: Majoriti
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|