View: 2074|Reply: 3
|
[Jenayah]
Pelacuran Bahasa pada Papan Tanda Tidak Menjadi Kesalahan. Papan Tanda Kena Racial Gangban*
[Copy link]
|
|
Penggunaan bahasa lain dalam papan tanda selain bahasa kebangsaan tidak menjadi kesalahan
Oleh Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
Mac 4, 2025 @ 10:12pm
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Sandrea Ng Shy Ching (lima kiri) bersama Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin @md Daud (enam kiri) merasmikan Bazar Ramadan d Perkarangan Stadium Perak di Ipoh. - Foto NSTP/L MANIMARAN.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Sandrea Ng Shy Ching (lima kiri) bersama Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin @Md Daud (enam kiri) merasmikan Bazar Ramadan d Perkarangan Stadium Perak di Ipoh. - Foto NSTP/L MANIMARAN.
IPOH: Penggunaan bahasa selain dari bahasa kebangsaan tidak menjadi kesalahan jika perkataan dalam bahasa kebangsaan tetap diberikan keutamaan dari segi saiz atau nisbah serta kedudukan dalam mana-mana papan tanda.
Perkara itu ditegaskan Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching ketika ditanya berhubung hantaran tular di Facebook (FB) yang mendakwa berlaku 'pelacuran bahasa' di bandaraya ini yang seakan-akan bebas dari penguatkuasaan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) selaku PBT.
"Setakat ini, di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976, untuk peraturan papan tanda dan sebagainya memang ada peraturan yang jelas yang mana bahasa kebangsaan perlu diutamakan dan jika perlu bahasa-bahasa lain boleh disertakan, cuma dari segi 'ratio' (nisbah) saiz, bahasa kebangsaan mesti dalam saiz yang dominan.
"Jadi kalau terdapat aduan yang dibangkitkan, kami akan ambil tindakan untuk siasat, ambil tahu apa isu sebenar sama ada membabitkan pelanggaran peraturan sedia ada untuk pastikan peraturan yang ada dipatuhi dengan baik," katanya.
Disyorkan
Along lafaz talak lepas dua bulan kahwin - Afreena
Ops Sky: Ramai penjawat awam bakal berstatus muflis - KP MDI
Maestra Broadcast pengendali Era FM dikompaun RM250,000 oleh MCMC
2 wanita termasuk pelancong warga Israel dirogol di India
Beliau bercakap kepada media selepas merasmikan Bazar Ramadan Perkarangan Stadium Perak, di sini petang tadi yang turut dihadiri Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin.
Sandrea mengulas hantaran yang ditularkan melalui akaun FB 'Randuk' yang mendakwa berleluasa 'pelacuran' bahasa Melayu di Ipoh seolah-olah tidak ada penguatkuasaan undang-undang serta amalan 'tutup mata' oleh MBI.
Hantaran berkenaan turut menyertakan beberapa gambar papan tanda pada premis di Ipoh yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan atau bahasa asing lebih mendominasi berbanding Bahasa Melayu.
Hantaran itu antara lain turut memetik titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada 2018 yang menyebutkan tiada tolak ansur dalam perkara asas Perlembagaan Persekutuan termasuklah kedudukan bahasa kebangsaan negara iaitu bahasa Melayu.
Mengulas lanjut, Sandrea berkata, kerajaan negeri mengambil maklum terhadap isu yang ditularkan itu dan akan bertindak untuk meninjau dan menyiasat perkara itu.
Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan perkara itu berlaku bagi premis yang wujud pada area kolonial iaitu sewaktu undang-undang mengenai penggunaan bahasa kebangsaan pada papan tanda belum wujud.
Beliau turut mengingatkan masyarakat agar tidak berfikiran sempit dengan menganggap penggunaan bahasa selain bahasa kebangsaan pada papan tanda premis sebagai perlakuan tidak hormat kepada Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
"Mungkin bangunan itu sudah lama wujud iaitu ketika belum ada akta mengenai bahasa kebangsaan. Jadi kita ambil perhatian dan peduli mengenai keperluan untuk diselaraskan balik.
"Maksudnya bukanlah dikatakan sebagai papan tanda haram, cuma kelulusan dia lebih awal daripada peraturan yang (wujud) kemudian.
"Saya minta semua pihak dalam isu ini kita pastikan bahasa kebangsaan sentiasa diutamakan,"katanya.
Berita Berkaitan
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 12-3-2025 11:34 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Tak salah selagi ada unsur Cuck*ld
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nusaraya at 12-3-2025 01:12 PM
Sebagai negara yang mempunyai identity 3 Bangsa (Bangsa Melayu, Bangsa Cina da Bangsa India) sejak awal pembentukannya dan mengingat X adanya eksistensi Bangsa MalayDeshhingga hari ini ... Untuk meredakan segala kegaduhan .... mengapa tidak menggunakan bahasa inggris sebagai bahasa kebangsaan untuk Papan Tanda kemudian gunakan juga bahasa melayu, bahasa cina dan tamil sebagai pelengkapnya ...
Bukankah semuanya nanti akan happy dan bahagia ...  |
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 12-3-2025 02:19 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
nusaraya replied at 12-3-2025 01:00 PM
Sebagai negara yang mempunyai identity 3 Bangsa (Bangsa Melayu, Bangsa Cina da Bangsa India) sejak a ...
Aku setuju Bahasa Inggeris sebagai bahasa permersatuan Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
| |
|