CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2989|Reply: 0

Saintis ke pembuat kek

[Copy link]
Post time 12-3-2025 12:01 PM | Show all posts |Read mode

SELAMA tujuh tahun wanita ini 'bermain' dengan angka dan formula sebagai saintis kimia di beberapa syarikat swasta.

Namun, pada 2020 dia mengambil langkah berani menukar kerjayanya dalam bidang berbeza iaitu sebagai pembuat kek.

Sejak itu, mesin pengadun kek, telur, mentega, coklat, tepung, gula ising dan esen vanila menjadi bahan permainannya setiap hari.

Malah, Fairoz Banu Dawood Batcha, 35, aktif membuat siaran langsung di TikTok untuk menjual kek dan mendapat sambutan baik daripada pembeli.

Menurutnya, dia memanfaatkan ilmu kimia dan pengalaman kerja sebagai saintis dalam menghasilkan kek yang enak.

"Belgian Thai butter cake adalah kek yang dihasilkan menerusi penyelidikan dan pembangunan (R&D) seperti dilakukan saintis kimia.

"Saya juga adalah pengasas kek ini (belgian Thai marble butter cake) dan sejak memperkenalkan dan menjual di TikTok, semakin ramai peniaga turut menjualnya di media sosial.

"Ilmu kimia yang saya miliki diguna pakai untuk 'membuat' kek seperti cara berfikir, melakukan kajian dan menjaga kualiti supaya mengikut piawaian ditetapkan.

"Kek yang tidak menepati piawaian menyebabkannya rosak, tidak boleh dijual dan mengalami kerugian," katanya.


Katanya, dia bersyukur air tangannya terutama belgian Thai marble butter cake mendapat permintaan luar biasa daripada pelanggan.

"Jualan mula melonjak sejak beberapa bulan lalu selepas menjualnya di TikTok Shop.

"Saya mendapat ilham untuk mencipta belgian Thai marble butter cake kerana anak suka makan coklat belgian.

"Kebetulan pada masa itu, saya sekeluarga teringin makan Thai butter cake asli dan cuba saya meletakkan coklat belgian dalam adunan.

"Saya tidak menyangka cubaan ini berjaya menghasilkan rupa bentuk belgian Thai marble butter cake yang menarik," katanya.


Fairoz Banu yang berkelulusan ijazah sarjana kimia berkata, dia menceburi bidang itu selepas melahirkan anak keduanya pada 2020.

"Pada masa itu kes Covid-19 di Klang, Selangor tinggi dan saya bimbang hendak menghantar anak ke pusat jagaan kanak-kanak.

"Keadaan ini membuatkan saya nekad berhenti kerja dan menjadi pembuat kek sepenuh masa sebagai kerjaya," katanya.

Katanya lagi, walaupun dianggap sebagai bidan terjun kerana tiada kemahiran membuat kek, tetapi dia tidak mengalah dan membulatkan hati mempelajari cara membuat kek menerusi TikTok serta Youtube.

"Satu kelebihan saya ialah berani mencuba menggabungkan resipi dan membuat R&D untuk mencipta kek yang baharu.

"Alhamdulillah saya dapat menghasilkan lebih 10 jenis kek termasuk belgian Thai marble butter cake, Thai butter cake. marble butter cake, almond sugee butter cake, chocolate heaven cake dan premium royal buttercake," katanya.

Jelasnya, dia mengakui semakin ramai pesaing menjual kek di TikTok dan tidak berasa tergugat dengan perkara itu.

"Bagi saya ia satu persaingan sihat dan mengambilnya sebagai sesuatu yang positif.

"Lagi pun air tangan setiap pembuat kek adalah berbeza dan saya ada pendekatan tersendiri bagi memastikan kek yang dijual sentiasa menambat hati pembeli serta mereka ulang membeli," katanya.

Nasihatnya kepada wanita yang ingin menceburi bidang itu supaya mempunyai hati kental.

"Ini kerana selain membuat kek dan menguruskan perniagaan, wanita juga mempunyai tanggungjawab lain sebagai isteri serta ibu.

"Ia satu tanggungjawab yang berat dan memerlukan sokongan keluarga terutamanya suami supaya dapat menggalasnya dengan sebaiknya," katanya.


Sumber: Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 07:40 PM GMT+8 , Processed in 0.143231 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list