View: 18281|Reply: 2
|
[Tempatan]
8,000 penjawat awam Pahang terima ‘duit raya’ RM1,000
[Copy link]
|
|
KUANTAN: Kerajaan negeri menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) yang bermesyuarat hari ini bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri berjumlah RM1,000 kepada penjawat awam Pahang.
Pemberian ini melibatkan kira-kira 8,000 penjawat awam dengan implikasi kewangan RM8 juta bertujuan meringankan beban menyambut Aidilfitri yang bakal tiba.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri ini akan mula dibayar seminggu sebelum Aidilfitri.
“Diharapkan bantuan ini dapat meningkatkan semangat penjawat awam untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang demi kemakmuran dan kesejahteraan bersama,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Dalam pada itu, Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri akan mengadakan Program Jualan Makmur Kluster Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2025, iaitu program jualan barangan makanan keperluan ketika perayaan Aidilfitri bermula 22 hingga 27 Mac ini.
“Program jualan ini membabitkan 26 lokasi di seluruh Pahang.
“Ia membabitkan kerjasama pasar raya dan pembekal terpilih dengan pengurangan harga barangan daripada 15 hingga 30 peratus berbanding harga pasaran semasa yang disubsidikan oleh kerajaan Pahang membabitkan implikasi kewangan RM1.1 juta,” katanya. –UTUSAN
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|