View: 14143|Reply: 4
|
[Tempatan]
Orang berbuka dia hantar parcel, akak terus jemput abang J&T makan sekali
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Sebuah keluarga dipuji orang ramai apabila turut mengajak seorang pekerja kurier berbuka bersama-sama, selepas lelaki tersebut menghantar barangan di rumah mereka semasa waktu maghrib.
Video memperlihatkan pekerja tersebut makan berbuka dengan keluarga itu dikongsikan oleh pengguna TikTok dayahdimana2, iaitu salah seorang daripada ahli keluarga berkenaan.
“Ajak abang J&T makan kat rumah. Kasihan dia orang berbuka, dia hantar ‘parcel’,” katanya pada kapsyen video.
Perkongsian tersebut mendapat pujian daripada pengguna TikTok dan ada juga berkongsi pengalaman suami mereka yang bekerja sebagai penghantar barangan.
“Suami saya pun pekerja kurier. Hari ini dapat puding roti daripada pelanggan dan teh o ais dari kedai mamak yang dia hantar ‘parcel’. Terima kasih orang baik yang sudi santuni,” kata NurainiOmar.
“Terima kasih kak. Dulu saya pun macam ni hantar makanan dekat pelajar, tapi dia ajak makan sekali. Saya pun makan sekali, terima kasih pelajar UiTM Merbok,” komen NynaRoses.
“Suami saya kerja kurier, tiap hari ada saja makanan dia bawa balik pelanggan bagi. Siap dapat nasi kandar, tak pandang dah lauk bini masak,” ujar anis.
“Alhamdulillah, semoga awak dan keluarga dilimpahkan rezeki selalu, dipermudah segala urusan,” komen mimiezzz.
“Murah rezeki akak satu keluarga,” kata aakim.
Sumber: Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Ajak mkn berbuka tu dah eloklah tapi perlu ke ambil gmbar n bgtau seluruh alam..mmg x blh senyap2 ye |
|
|
|
|
|
|
|
I pernah kena macam ni. tau akibat dia apa ?
nak mintak diri susah betul. dah la maghrib pendek je.
kalau lepas berbuka nak blah kantoi la tak solat maghrib. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada minta consent adik J&T tersebut ke nak upload video? Kalau ada, oklah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|