CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32945|Reply: 3

[Jenayah] Klinik cucuk haram kena serbu

[Copy link]
Post time 14-3-2025 08:31 PM | Show all posts |Read mode
Edited by pengecattaik at 14-3-2025 01:00 PM

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan sembilan warga asing dalam serbuan di dua unit kondominium di Desa Petaling dan Bukit Jalil, dipercayai menjalankan prosedur pembedahan kosmetik tanpa lesen didalangi doktor warga asing.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata dalam serbuan jam 11 pagi (kelmarin), pihaknya turut menahan dua warga tempatan masing-masing seorang lelaki dan wanita disyaki ejen klinik berkenaan.

"Semua warga asing ditahan berasal dari Vietnam melibatkan tujuh lelaki dan dua wanita.

"Mereka termasuk dua warga tempatan itu dibawa ke Pejabat Imigresen Kuala Lumpur di Jalan Duta bagi tujuan dokumentasi," katanya.

BERNAMA yang berkesempatan mengikuti serbuan itu mendapati antara perkhidmatan pembedahan kosmetik ditawarkan adalah bagi mencantikkan bahagian hidung, kelopak mata dan menegangkan muka.

Perkhidmatan pembedahan kosmetik itu ditawarkan pada harga antara RM1,000 hingga RM15,000 menggunakan perkhidmatan 'doktor' lelaki dari Vietnam yang dipercayai tidak mempunyai lesen dan sijil untuk menawarkan perkhidmatan berkenaan di negara ini.

Perkhidmatan itu turut dipromosikan di aplikasi media sosial oleh ejen berkenaan yang memaklumkan pelanggan mereka terdiri rakyat tempatan dan warga asing.

Serbuan turut mendapati bilik utama di kedua-dua unit kondominium disewa pada harga RM2,600 sebulan itu dijadikan bilik bedah yang lengkap dengan pelbagai alat pembedahan kosmetik termasuk ubat-ubatan dipercayai diimport.

BH



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-3-2025 08:29 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2025 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya telah dicucuk

Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2025 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
mesti ada list patient kan

nasib x mention ade artis pnh dtg beki muka
klu tak harus ada jgk dlm tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2025 12:38 AM GMT+8 , Processed in 0.056086 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list