View: 14935|Reply: 2
|
[Tempatan]
Akta Pembaharuan Semula Bandar bagi membela nasib Melayu
[Copy link]
|
|
Edited by Abahmung at 15-3-2025 07:00 PM
Utusan.com.my
Oleh HASIF IDRIS
15 Mac 2025, 2:26 pm
PETALING JAYA: Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA) bertujuan untuk membela nasib orang Melayu dan memperbaiki kehidupan mereka di bandar.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu merupakan antara usaha kerajaan untuk mengangkat dan membela orang Melayu daripada hidup daripada sebarang kekurangan.
“Orang Melayu yang tinggal di rumah flat (pangsapuri) adalah yang paling miskin dan bermasalah. Sejak zaman 1960-an, flat dibina dengan hanya satu bilik tidur dan satu bilik tandas. Kini, pada tahun 2025, mereka masih hidup merempat begitu rupa.
“Jadi, kita perlu memikirkan langkah-langkah yang perlu diambil. Untuk membangunkan semula, ia tidak boleh dilakukan kerana terdapat masalah berkaitan strata.
“Pandangan yang menyesatkan dan mengkhianati orang Melayu adalah salah. Tanah rizab Melayu kekal milik orang Melayu dan hak milik strata tidak akan berubah.
“Kita mahu menggunakan undang-undang (URA) bagi memastikan orang Melayu yang tinggal di bandar seperti Kuala Lumpur tidak terus hidup ‘merempat’ (dalam keadaan serba kekurangan),” katanya semasa berucap sempena Majlis Peluncuran Wakaf Mara Madani sempena sambutan Hari Mara ke-59 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), hari ini.
Dalam pada itu, Anwar mengingatkan semua pihak khususnya pembangkang tidak mempolemikkan Akta Pembaharuan Semula Bandar hingga mengelirukan masyarakat Melayu di negara ini.
Perdana Menteri, berkata, kerajaan sentiasa mengalu-alukan sebarang cadangan dan pandangan untuk menambah baik dasar yang ada demi kelangsungan hidup orang Melayu di bandar.
Namun katanya, kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menggagalkan usaha tersebut.
“Saya ingin beritahu mereka (ahli politik) jangan cabar. Jika mahu membela nasib orang Melayu miskin, serta sebahagian kecil masyarakat India dan Cina, tetapi cuba mengganggu usaha ini dengan buat perhimpunan, kita akan (balas) mengadakan perhimpunan di stadium untuk mempertahankan dasar yang membela nasib orang Melayu.
“Mereka yang menentang ini adalah orang Melayu, menggunakan nama parti Melayu dan Islam. Apakah mereka pernah mencadangkan sesuatu untuk membantu orang Melayu? Adakah mereka ada rancangan untuk membela nasib orang Melayu miskin di bandar? Jawapannya, tidak ada.
“Jika mahu memberi teguran atau pandangan tambahan, silakan. Namun, jangan khianati usaha kita, ini adalah komitmen kerajaan,” katanya.
Baru-baru ini, Pemuda Pas kekal dengan keputusan mengadakan himpunan untuk membantah URA walaupun Anwar sudah memberi penjelasan mengenai rang undang-undang (RUU) tersebut.
Dalam majlis sama, Anwar turut berbesar hati untuk menyumbang RM1,000 ke dalam tabung Wakaf Mara Madani berkenaan.
Katanya, kerajaan memberi dukungan dan perhatian penuh dengan menyalurkan geran RM100 juta sebagai modal pemula untuk membina ekosistem wakaf yang telus, amanah dan lestari.
Wakaf Mara Madani merupakan sebuah agenda pemerkasaan sosioekonomi bumiputera hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB2024).
Matlamat utama penubuhannya adalah menjadi pemangkin dalam mewujudkan masyarakat bumiputera dengan kesejahteraan sosioekonomi melalui instrumen wakaf secara lestari.
Mara secara rasmi ditauliahkan sebagai Mutawalli atau pentadbir harta wakaf, Wakaf Mara Madani daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada Januari lalu, untuk jangka masa lima tahun.
Sebagai pentadbir, MARA diberikan amanah untuk menguruskan dana dan agihan manfaat Wakaf MARA Madani berlandaskan prinsip syariah serta tadbir urus yang baik atau tatakelola yang cekap.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tripleid at 15-3-2025 06:41 PM
Pembangang skrg mmg dah xde isu ke nk attack gomen??
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Dalam tak sedar parti Isele ni nak melayu miskin bandar kekal jadi miskin.
Tetapi anehnya, dalam hati ada taman untuk pegang Selangor.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|