View: 9270|Reply: 3
|
[Tempatan]
Mayat terapung tanpa pakaian di Sungai Alor Merah
[Copy link]
|
|
ALOR SETAR – Mayat seorang lelaki tanpa pakaian ditemukan terapung di Sungai Alor Merah, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata, dalam kejadian pada pukul 8.31 pagi itu Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar menerima panggilan awam memaklumkan penemuan mayat tersebut.
“Sepasukan polis menghala ke lokasi bagi menjalankan siasatan lanjut.
“Siasatan awal mendapati mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan dalam keadaan tidak berpakaian, terapung di Sungai Alor Merah dan dipercayai telah mati beberapa hari yang lalu berdasarkan keadaan mayat yang telah mereput,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Katanya, pemeriksaan lanjut juga tidak menemukan sebarang dokumen pengenalan diri pada mayat.
“Mayat kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk tujuan bedah siasat. Setakat ini punca kematian masih belum dapat dipastikan sehingga laporan penuh bedah siasat diperoleh kelak,” katanya.
Sehubungan itu beliau meminta kerjasama orang ramai atau waris yang kehilangan ahli keluarga dalam masa terdekat untuk tampil membuat laporan di balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
sape plak tuuuu
waris2 blh rujuk balai segera klu ada family member yg x dpt dijumpai
|
|
|
|
|
|
|
|
Rumah kat area tepi sungai terdedah kepada biawak dan snake. |
|
|
|
|
|
|
| |
|