View: 8221|Reply: 2
|
[Dunia]
Tangan kiri wanita putus sebab baju tersangkut tayar motor
[Copy link]
|
|
Seorang wanita putus tangan kiri selepas terbabit dalam kemalangan akibat bajunya tersangkut pada tayar motosikal.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mengenai insiden yang berlaku pada Sabtu lalu itu tular di media sosial.
Ketika kejadian, mangsa berusia 55 tahun itu sedang membonceng motosikal yang ditunggang oleh saudara lelakinya.
Insiden berlaku di wilayah selatan Songkhla, Thailand.
Hujung baju mangsa, Taeng dilihat berkibar ditiup angin sebelum tersangkut pada tayar belakang motosikal, menyebabkan dia terjatuh.
Saksi memberitahu agensi berita Hatyai Focus bahawa Taeng menjerit akibat kemalangan itu, menyebabkan penunggang motosikal berhenti serta-merta dan bergegas memeriksa keadaannya.
Pergelangan tangan Taeng terputus dan tersangkut pada tayar belakang motosikal, manakala badannya berlumuran darah.
Pasukan penyelamat memberikan pertolongan cemas sebelum membawa mangsa ke hospital.
Dilaporkan, doktor tidak dapat menyambung semula tangan dan pergelangan tangan Taeng, kerana bahagian yang terputus itu telah rosak dalam kejadian tersebut.
Taeng kini berada dalam keadaan stabil tetapi masih dirawat di hospital untuk rawatan lanjut.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|