CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8797|Reply: 3

[Tempatan] Ustaz pukul pelajar sampai retak tulang hidung dilucut tugas sebagai mutawif

[Copy link]
Post time 18-3-2025 10:53 AM | Show all posts |Read mode


Individu yang didakwa mencederakan seorang pelajar sekolah menengah di Saujana Impian, Kajang, pada 14 Mac lalu, diberhentikan tugasnya sebagai mutawif.

Perkara itu dimaklumkan agensi pengembaraan dan pelancongan, Atlis Holidays Sdn Bhd (Atlis Holidays) dalam satu kenyataan pada petang Isnin.

Atlis Holidays menegaskan bahawa pihak syarikat tidak pernah melantik suspek sebagai 'penasihat syariah' mereka sebagaimana yang dipaparkan di butiran profil media sosial Facebook miliknya.

Jelasnya, suspek hanya bertugas sebagai mutawif secara sambilan dengan syarikat tersebut.

"Tugas beliau sebagai mutawif diberhentikan serta-merta.

"Pihak syarikat tidak mempunyai sebarang kaitan dan tanggungjawab serta liabiliti terhadap tindakan peribadi suspek tersebut. Akhlak pelaku tidak mewakili keseluruhan syarikat," menurut kenyataan itu.

Susulan itu, menurut Atlis Holidays, pihaknya membuat laporan polis untuk melindungi perniagaan, selain tindakan suspek yang memuat naik butiran profil Facebook didapati mengelirukan masyarakat umum.

"Kami berharap isu yang sedang berlaku antara suspek dan mangsa dapat diselesaikan dengan seadilnya oleh pihak berkuasa.

"Kami juga menegaskan bahawa pihak syarikat tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya terdapat komen-komen atau hantaran-hantaran berbaur ancaman, ugutan atau fitnah yang dilemparkan ke atas syarikat berikutan tindakan suspek," tambah kenyataan itu.

Terdahulu, dilaporkan suspek berusia 39 tahun yang juga merupakan pengerusi surau ditahan polis kerana didakwa mencederakan seorang pelajar berusia 17 tahun akibat perselisihan faham semasa memandu.

Akibat kejadian itu, remaja lelaki berkenaan mengalami retak tulang batang hidung dan mendapatkan rawatan di Hospital Kajang.

Suspek direman sehari pada Sabtu untuk membantu siasatan dan dibebaskan dengan jaminan polis pada Ahad.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof dilaporkan berkata, kertas siasatan sedang dilengkapkan dan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR) pada minggu ini.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2025 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Mutawif dengan mutaufufah tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2025 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
kopiah atas kepala..baran tak tentu hala..
3 inci yg dlm sluar tu potong jemur kering2 bg kecut mcm asam keping
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2025 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Celaka punya ustaz...geram aku baca
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-3-2025 05:22 AM GMT+8 , Processed in 0.241550 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list