CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8712|Reply: 0

Abang Viva bercerai kali kedua, malas nak gaduh

[Copy link]
Post time 18-3-2025 11:01 AM | Show all posts |Read mode


Kemelut rumah tangga aktivis banjir, Azwan Omar dan isterinya Evanoza Zakaria akhirnya menemui titik noktah apabila pasangan itu sah bercerai talak satu.

Azwan atau Abang Viva melafazkan cerai terhadap Evanoza di hadapan Hakim Aisah Saleh di Mahkamah Rendah Syariah Melaka Tengah, 13 Mac lalu.

Perkara itu disahkan sendiri peguam yang mewakili Evanoza iaitu Datuk Mohd Adli Ithnin ketika dihubungi mStar pada Isnin.

“Ya, mereka sudah bercerai pada 13 Mac. Asalnya (Evanoza) mohon cerai secara fasakh tetapi di dalam mahkamah, pihak suami setuju untuk bercerai cara baik,” ujarnya.

Dalam pada itu, Evanoza berkata dia lega apabila kemelut berpanjangan antara mereka akhirnya dapat diselesaikan di mahkamah.

Evanoza turut mendedahkan Azwan sudah keluar dari rumahnya di Cheng, Melaka sejurus mereka berpisah.

“Saya lega sebab benda ni dah berlarutan lama. Saya tak mahu bergaduh.

Pasangan ini berkahwin pada 14 Oktober 2022.

“Sebelum ini dia (Azwan) duduk rumah saya. Selepas bercerai pada Khamis, dia keluar dari rumah saya pada hari sama.

“Dia pindah ke rumah keluarganya di Nyalas, Jasin,” ujar Evanoza yang juga tenaga pengajar senaman zumba.

Mengenai hubungan dengan mentuanya, Evanoza berkata dia sentiasa menganggap ibu bapa Azwan seperti darah dagingnya sendiri.

“Hubungan kami okey. Saya ada video dengan mentua, kami baik-baik saja.

“Saya anggap mentua seperti keluarga sehingga ke akhir hayat. Insya-Allah akan sentiasa baik,” katanya.

Tambah Evanoza, dia juga tidak membuat sebarang persiapan Aidilfitri dengan meriah bagi menghormati tempoh idahnya.

Untuk rekod, Azwan dan Evanoza mendirikan rumah tangga pada 14 Oktober 2022.

Pasangan itu pernah bercerai talak satu pada Mac tahun lalu, namun mereka kembali rujuk dalam tempoh idah.

Azwan dan Evanoza tidak mempunyai cahaya mata sepanjang perkahwinan mereka.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-3-2025 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.392478 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list